BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, September 24, 2010

Pesona Dendam..


Dipetik daripada sebuah buku puisi semasa mencari buku di library ketika Form 3. Situasi yang sering berlaku dalam kehidupan seharian. Dulu dan kini.

"Ya Allah, jauhkanlah Hatiku dan Hati2 yang aku sayangi dan kenali dan mengenaliku dari sifat marah dan dendam. Ameen."

Kata yang tak lagi bersukat..
Meliar dalam kekacauan makna..
Kau yang melaungkan - melagukan..

Ke tengah arena dengan bahasa
Yang asing dan jauh..
Dengan suara yang tertusuk..
Pesona dendam..

Dusta yang menghela nafas..
Mencari diri dalam seribu rahsia..
Mencari api di jurang kesamaran..
Di sebalik ketulusan yang terpamer..
Diam-diam kau melempar batu..
Menanam duri di persimpangan..
Seraya erat berjabat tangan..
Menepuk bahu dan bertanya khabar..

Inikah sahabat?
Dalam satu bangsa berdaulat?
Inikah peluang penegak keadilan?
Beginikah caranya melawan arus?
Beginikah hakikat pencinta kedamaian?

Satu-satu soalan terlontar..
Dan satu-satu jawapan melebur..
Sedang kau..terus berkisah
Dengan mulut berdarah..

1 comments:

Akma Talib said...

Hidup ini terlalu sunyi untuk dilalui bersendirian, justeru, janganlah mencipta musuh dan lawan sepanjang jalan.
Tabahlah dalam menempuh ranjau dan onak perjalanan, kerana ketabahan membawa harapan untuk tiba kepada sasarannya.

Semoga kamu tabah sahabatku..
Allah sentiasa bersama orang-orang yang bersabar..
luv u.