BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, September 5, 2010

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa


Memandang hina pada orang lain, mengutuk sambil marah2 atau mengungkit2 kebaikan yang dilakukan pada seseorg yang dibantu memang sesuatu yang kita semua tahu – tak elok. Tapi masih ada yang berbuat demikian walaupun dia menafikannya kerana dia telah melakukannya tanpa dia sendiri sedari. Jika perasaan itu hanya melibatkan hati dan dirinya sendiri, maka dia hanya memerlukan keampunan dari Yang Maha Esa yakni ALLAH SWT. Namun jika perasaan itu melibatkan hati orang lain ? Apakah kesudahannya ?

Di kesempatan ini saya dengan rendah dirinya ingin memohon berjuta-juta kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang hidup di muka bumi ALLAH ini. Dan kepada yang mengenali diri saya ini..saya dah maafkan anda semua. =)

Terasa hati dengan ibu bapa, adik-beradik, rakan sekolah, rakan sekerja mahupun buah hati memang tidak dapat lari kerana itulah yang akan sering berlaku. Dikatakan bodoh, dikatakan terlalu sensitif, dikatakan perasan hebat dan pandai, dikatakan bermacam-macam lagi oleh mulut2 ‘laser’ dalam hidup kita hanya satu yang mampu kita lakukan. Sabar dan berdoa. Mungkin apa yang dikata betul, maka terimalah dengan hati yang terbuka luas sambil tersenyum. Jika yang dikatakan itu sebaliknya itu urusannya dengan ALLAH dan jangan lupa..maafkanlah dirinya.

Jangan terasa dengan org yg tak nak terima bantuan kita kalau kita asyik nak ungkit2 pertolongan kita kpdnya dan asyik luahkan rasa terbebannya diri kita apabila menolongnya. Anda terasa dengannya sambil berkata dalam hati ‘sombong ah plak. Aku nak tolong tak nak’..tapi anda tak tahu betapa terasa dan sedihnya hati orang itu. Diam tak bermaksud tiada apa-apa. Mungkin perkataan maaf yang ikhlas sudah cukup walaupun dia berkata “Eh,takde papelah..ko tak salah pape pun”..

Namun, tahukah anda bahawa tindakan anda marah2 sambil kutuk2 secara terus tanpa persediaan rapi oleh seseorang itu boleh mengundang malapetaka kepada diri orang itu mahupun diri yang berkata itu sendiri. Berkemungkinan perasaan2 lain seperti dendam, marah, rasa rendah diri teramat sangat boleh mengundang kepada pelakuan seperti kes bunuh, bunuh diri, gila dan sebagainya. Salahkah mereka jika ini yang berlaku ? Atau salahkah yang berkata2 tanpa berfikir dahulu ?

Anda mampu mengubahnya. Bersangka baik sesama sendiri, jangan cepat2 salahkan org tanpa lihat pada diri kita sendiri terlebih dahulu dan jika anda adalah mangsa mulut2 laser yang tak tertanggung untuk memendam rasa sakit hati maka cubalah kongsi bersama rakan yang mampu menasihati kita ke arah kebaikan yang mendekatkan diri kepada ALLAH SWT. Sesungguhnya hati2 akan menjadi tenang dengan mengingati ALLAH. Saya hanya insan biasa yang kadang2 alpa dan leka namun sentiasa berdoa agar hidayah dan iman itu sentiasa dalam hati ini dan insan2 yang saya sayangi dan sy kenali. Hidup ini hanya sekali. Maka, jangan ikut suka hati...

Salam Ramadhan al-Mubarak...Salam Aidilfitri..Maaf Zahir dan Batin..


1 comments:

Owner said...

sangat sedih bila terjadinya penghinaan kt diri sendiri..betol la kata org terlajak perahu blh d undur,terlajak kata badan binasa... baru je mengalami...sepupu sendiri merendah2kan education kita...sabar dan redha...