BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, April 13, 2010

No Respect For Non Respector

Should we respect people who not respect us? Menghormati boleh dibahagikan kepada dua bahagian. Pertama, tidak hormatkan kita depan-depan. Kedua, tidak hormatkan kita blakang-blakang. Maka bagi saya tidak hormatkan kita blakang-blakang tersangatlah kurang ajar dan menyakitkan hati tatkala kita mengetahui dan menyedari perlakuannya itu. Sesungguhnya dunia ini penuh dengan ceriteranya yang tersendiri. Ceritera teruk sangatlah teruk. Ceritera baik tersangatlah baik. Cuma ingatlah wahai sahabat handaiku sekalian.

Buat baik dibalas baik. Buat jahat akan dibalas jahat jua. Siapalah saya untuk mengadili. Segala keadilan yang saksama hanya milik ALLAH sahaja. Kita sebagai hambaNya hanya berserah dan bertawakal. Namun, sesudah usaha dilakukan. Sesungguhnya Tuhan tak akan mengubah nasib kita selagi kita tak usaha ke arah yang lebih baik. Maka, adakah menghormati seseorang itu merupakan perkara yang baik? Sememangnya ya! Menghormati bukan sekadar menundukkan kepala dan tersenyum mesra tetapi tindak tanduk, percakapan dan sebagainya.

Terserah pada anda untuk mendefinasikan perkataan 'hormat' itu. Oleh itu, sebelum kita berkata "dia tak respect langsung kat aku!"..adakah kita menghormati dirinya? Show your respect first before you totally ignore him/her for the rest of your life!! Salam.