BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, November 23, 2016

1st Surgery Untuk Tangan Erb's Palsy Faiqah

Pakar Tangan di HUSM sarankan kepada kami supaya tangan kanan Faiqah buat Latissimus Dorsi transfer ni. Surgery ni untuk membolehkan tangan kanan Faiqah angkat melebihi paras dada (kami target boleh sentuh kepala). 


Saya kuat semangat tapi bab mengalirkan air mata memang laju. Huuu. So, sebab tak nak bagi Faiqah panik dalam bilik bedah, saya syorkan my husband ganti tempat saya semasa ubat bius diberikan. Itupun kat luar bilik bedah saya da teresak-esak menangis kebimbangan walaupun tahu surgery yang dilakukan hanyalah minor surgery (ye ke?lol)



Alhamdulillah, Faiqah di dalam wad tersangatlah behave, riang dan gembira seperti wad tu dia yang punya,,Cuma saya je laa sedih bila nak tinggalkan dia dengan Ayahnya (jaga malam). Saya terpaksa pulang sebab si Adik masih fully bf. 


Selepas surgery, memang tangan kanannya dibaluti simen jenis fiber (disyorkan untuk kanak2 sebab ringan). Sebab ringan, maka tiada istilah duduk dan baring sahaja bagi Faiqah. Main, lompat, tidur telentang, lari dan sebagainya tidak menjadi masalah. Masalah buat saya dan Ayahnya pulak kena garu dalam cengkerang simen fibernya bila dia nak tidur sebab gatal (bila main jadi berpeluh..tu laa jadi gatal).


Hasil pemerhatian saya selepas simen fiber dibuka hanya dua iaitu:

1) Ketiaknya tidak lagi dikepit bila tangan diangkat.

2) Tangannya boleh diangkat melepasi aras dada (kalau dulu sampai dada je).

Alhamdulillah.

Tapi fisio dan senaman saya masih lakukan supaya tendon lengannya tidak kaku dan keras. Selepas simen dibuka lengannya sukar nak diluruskan sebab terikut dengan kondisi tangan bersimen (bengkok sedikit di bahagian tengah lengan)