BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, November 15, 2010

Pengorbanan

Pengorbanan. Apa yang dimaksudkan dengan pengorbanan ini sebenarnya? Masih tercari-cari maksud sebenar yang terselirat di sebalik perkataan ‘pengorbanan’ ini. Aku tak tahu apa yang insan2 lain fahami tapi aku tahu ... aku mengerti ... hidup ini adalah satu pengorbanan. Sebab hidup ini hanyalah sekali. Buat pilihan dengan mengorbankan pilihan yang lain. Inilah kehidupan. Inilah pengorbanan.

Berada jauh dari keluarga samada belajar atau bekerja adalah satu pengorbanan. Tidak dapat pulang ke kampung halaman semasa belajar atau bekerja adalah satu pengorbanan. Tapi pulang ke kampung halaman sekejap untuk bersama keluarga tercinta juga merupakan satu pengorbanan. Terpaksa mengeluarkan duit nak beli tiket bas pergi-balik, menebalkan muka jumpa bos nak mintak cuti merupakan satu pengorbanan buat keluarga. Jangan main2! Jangan terlalu obses dengan kerja. Aku tabik spring pada orang2 yang komited dengan kerjaya masing2 tapi aku lebih (tabik spring)^2 pada yang komited dengan kerjaya dan tak melupakan keluarga terutama ibu bapa masing2. Pengalaman pertama dalam hidup aku merasai dunia pekerjaan ini membuatkan aku stress dengan sikap2 manusia yang pelbagai rupa bentuk ini. Sejujurnya, aku sangat stress!!!!

Aku terpaksa menerima hakikat bahawa manusia ini memang dilahirkan baik tapi sejujurnya membesar menjadi sebaliknya. Tapi bukan semua! Ingat tu .. bukan semua!! Tiada fairy tales, tiada happy ending. All endings in our life actually created by us – ourselves. Dan aku tak nak dunia ini musnah dengan pemikiran yang nonsense ini semata2 untuk kepentingan diri masing2 – Duit, harta, nama, pujian dan semua keduniaan..

Ahhh!! Mendengar berita2 di tv juga membuatkan aku meluat. Apa yang perlu ada dalam diri seseorang untuk jadi pemimpin yang baik? Atau berpura2 baik untuk memenuhi list2 ciri2 pemimpin yang baik supaya dinilai pemimpin yang baik oleh golongan2 yang diperintah? Itu aku tidak tahu. Sebab hati masing2 tiada seorang manusia pun yang tahu hanya ALLAH SWT. Subhanallah.

*Sambil beristighfar*

Pada saat dan ketika ini aku terfikir..kenapa aku meluahkan segala keluhan dan kekecewaan ini? Bukan ada kaitan pun dengan hidup aku. Bukan kerja aku pun nak risaukan hal2 mereka yang hidupnya penuh dusta nestapa. Siapalah aku..hanya manusia biasa yang kerdil dan tiada kuasa apa2 pun.

Namun, saat inilah aku terfikir...(hanya aku saja yang tahu..)..

Akhir kata.. duit, kerjaya, pangkat, harta .. boleh dicari ganti namun orang tersayang yang menyayangi kita dengan setulus hati sejujurnya tidak mampu dicari ganti. Hargailah mereka dan luangkanlah masa bersama mereka. Aku nak balik kg!!!!

*p/s: Renung2kan dan selamat beramal. Selamat Hari Raya AidilAdha. Maaf dipohon dan kemaafan diterima.