BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, January 22, 2014

Shoulder Dystocia - Erb's Palsy Part 2

Hati ibu mana yang tak sedih melihat tangan anaknya tidak bergerak normal seperti bayi2 normal yg lain. Tipulah kalau saya kata tidak pernah menangis. Tapi, jika terlalu melayan perasaan sedih bagaimana pula dengan anak saya nanti. For Muslim .. percayalah ini adalah ujian dari Allah SWT kepada kita. Allah sayangkan kita sebab itu ujian ini hadir pada kita. Setiap hari kita dalam keberkatan dan kasih sayang Allah. Ujian itu mengingatkan kita akan kekuasaan Allah. Hanya Allah yang memberi sakit dan menyembuhkan penyakit. Setiap hari saya takkan lupa untuk berdoa supaya Allah sembuhkan tangan anak saya. Doa tetap doa, usaha jangan pula dilupakan. Fisio, senaman, urutan semua saya lakukan. Biasanya saya akan gunakan Jerslin Oil urut dari belakang, bahu, lengan dan jari jemarinya (sambil2 berselawat/baca al-Fathihah/Ayat Kursi/Ayat Seribu Dinar/Selawat Syifa'). Kemudian, saya urut dari jari-jari tangan naik ke bahu. Urutan mestilah dilakukan ke atas (nasihat dari pakar fisio). After that, barulah saya mulakan senaman pergerakan jari2 tangannya, pergelangan tangan, lengan dan bahu. Selepas mandikannya memang inilah yang wajib saya lakukan kecuali dia meragam nak tidur atau menyusu (saya pospone dahulu). Then bila dia tak tidur saya sentiasa lakukan semua urutan, senaman dan pergerakan tadi. 

Kenapa tak saman?

Well, Alhamdulillah..luckily tempat kerja suami ada GL untuk semua rawatan di hospital. So, kami tak terfikir pun nak saman especially saya. Being alive pun dah bersyukur sangat2. Anak saya pun Alhamdulillah sihat walafiat. Mungkin bagi anda yang mengalami situasi seperti saya namun tidak mampu untuk membayar bil perubatan anak anda (saman is an option). Tujuannya adalah untuk support segala kos perubatan anak anda (itu yang difahamkan kepada saya). Apa2 jika anda ingin teruskan niat menyaman silalah rujuk/dapatkan pro consultation (i means-lawyer). Then, you should also consider medical insurance (no one know the future right?). Marah? Mestilah ada. Saya marah Dr. tak scan dulu before induce. Saya marah Dr. biarkan saya lama2 selepas pecahkan air ketuban daripada pukul 930am until 5pm. Nasib baik ada husband setia menanti di samping saya. Dengan misi2 yang garang 2 orang (lain2 okey aja). Tapi takdelaa garang sangat pun. Kikiki.. Then, bila difikir balik. Marah pun tak ke mana. Sekarang ni hal anak okey? Bukan pasal diri kita. Dr. dah berusaha selamatkan anak yang lemas (heartbeat dah drop sebab lama sangat dok meneran tak keluar2) tu pun saya dah bersyukur dan berterima kasih sangat2 dah. Alhamdulillah! =) Tapi anda?? Mungkin lain ceritanya daripada saya... jeng3.. =)

Tak bawak jumpa bomoh ka?

Hahaha..(why i'm laughing?). Frankly, saya bukanlah tak percayakan bomoh atau benda2 mistik ini. Kui3. Sebenarnya, saya dah 2x bawak jumpa Tok Mudim (in Terengganu they called Tok Mudim/Kelantan - Tok Bomoh/ Tukang Urut). Itupun setelah didesak beberapa kali oleh keluarga (actually Dr. tak bagi sebab dibimbangi akan jadi lebih teruk). Ini pun dah habis air mata saya tak nak bawak pergi. Tapi, nak jaga hati ornag tua. Katanya, tak sentuh pun (tgk2 sentuh jgk. Siap kata tulang tak masuk dengan betul..bla..bla..bla). Kalau ikut x-ray, Dr said 'no obvious dislocation'. Of course, I dont't know which one to believe. And I make decision to follow my instinct ( which I believe Allah will guide me). Then after bawak 2x tu saya tak bawak pergi daa. Walaupun ada family terdekat tanya kenapa tak bawak pergi lagi dah tangan tak elok lagi? Nonsense! (Dalam hati ajelaa). Bibir sentiasa mengukirkan senyuman walaupun hati dah berang. Heee..

Saya lebih percaya doa ibu itu mustajab. That is why I always asked my Mother to pray(doa) for me and my daughter. Alhamdulillah, sekarang dah masuk 7 bulan.. tangan anak saya semakin menunjukkan progress. Setiap bulan saya nampak new improvement. Walaupun sedikit/sekecil pergerakan, itu tetap saya panggil "improvement". I believe in positive words. Or the power of subconscious mind. Saya percaya tangan anak saya akan sembuh dan itulah yang akan berlaku (cepat atau lambat). In shaa ALLAH! =)

Walaupun Dr. atau pakar fisio ada yang kata susah, tak tahu, lambat, bertahun-tahun.. saya dan suami  hanya pekakkan telinga. What will happen in the future is because of NOW!! Anda faham? Heee..

Rawatan sekarang?

Sekarang, saya hanya bawa anak saya setiap kali ada check up dengan Doktor Pakar Kanak2 di Kuala Terengganu Specialist (Cucuk, Demam dan sebagainya). Then, continue appointment dengan Unit Fisio di situ (baru sekali bawak sebab sebelum ni kami tinggal di Lukut, N9). Semasa di N9, saya dan husband bawa anak kami ke KPJ Seremban Specialist. Alhamdulillah setakat ini kami rasa unit fisio di situ paling best. Positive words of course. Bantuan/nasihat/layanan di Unit Fisio sana pun bagus. Splint untuk tangan anak kami pun dibuat di situ (kalau KTS takde. Kena pergi hospital besar KT kalau nak buat). 

Nantikan ceritera saya di Part 3 mengenai senaman2 di awal kelahiran untuk Shoulder Dystocia - Erb's Palsy dan perkembangannya. =)

Click here for Shoulder Dystocia - Erb's Palsy Part 1


Tuesday, January 21, 2014

Susu Badan Tiada???

Setiap ibu mesti mahukan yang terbaik buat anak2 mereka. Susu ibu merupakan anugerah yang Allah SWT berikan untuk kita sebagai seorang ibu sebagai susu yang terbaik dan penuh dengan khasiat untuk bayi sebaik sahaja dilahirkan. 

"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu".. (Surah Al-Baqarah:233)

Bagi ibu-ibu yang telah memasang niat untuk breastfeeding bayi anda sebaik sahaja bersalin sudah tentu kecewa sebaik sahaja melihat tiada susu yang berwarna putih keluar tetapi hanya cecair jernih seakan-akan gam lutsinar yang keluar melalui nipple anda. Bayi anda pula merengek2 marah kerana susu tidak keluar laju (mungkin selepas bersalin bayi anda dijaga oleh nursery hospital dan sudah diperkenalkan dengan botol susu). Bagi anda yang mengalami masalah atau situasi seperti ini - jangan risau, jangan putus asa dan jangan lupa untuk relax!

Bagi bakal2 ibu terutamanya. Apa yang anda perlu hanyalah Breastpump! Sama ada Breastpump Manual atau Elektrik adalah mengikut kemampuan anda. Jika ikut pengalaman saya, better beli yang elektrik. Kenapa? Hehehe..

1) Tangan kita mungkin lenguh kerana digunakan untuk memegang buku lali atau tempat pemegang katil semasa proses meneran untuk bersalin. Maka, jika anda membeli breastpump manual... dalam keadaan pantang yang kepenatan mungkin sedikit membuatkan anda sedikit stress. =)

2) Ada sesetengah breastpump manual yang murah anda terpaksa menundukkan kepala sambil menyepam dan keadaan ini memang melenguhkan bahu serta leher anda! Dan keadaan ini juga mampu membuatkan anda sedikit stress ( sudahlaa terpaksa menahan kesakitan luka berjahit..ehehe)

Banyak pilihan Breastpump yang anda boleh beli ( mengikut kemampuan, bajet dan kekerapan penggunaan).

1) Jika anda bekerja, tapi memang niat nak fully breastfeeding - boleh beli electric breastpump spt. Medela Free Style, Flexi, Snowbear, AVENT, etc.)

2) Jika anda tidak bekerja, tapi memang niat nak fully breastfeeding - boleh beli yang manual tapi kalau mampu belilah yang elektrik - paling murah Snowbear.


Medela Free Style


Snowbear Advanced Single Electric


AVENT Manual Breastpump


Berbalik kepada masalah susu tiada selepas bersalin, sebenarnya tiada masalah seperti itu. Cecair yang pekat seperti gam lutsinar itu sebenarnya ialah kolostrum yang penuh dengan khasiat seperti antibodi untuk bayi yang baru lahir. Peringkat pengeluaran susu badan bermula daripada kolostrum dahulu barulah susu yang berwarna putih itu akan keluar. Kalau ikut pengalaman saya sendiri. Ini peringkat warna susu badan saya (jernih>putih kekuningan>putih). Selagi yang jernih itu tidak keluar habis memang susu putih itu tidak akan keluar. Nasib baik gerak hati saya meminta suami belikan breastpump manual yang murah2 sahaja (beli on the spot..suami kalut nak travel untuk kembali bekerja). Dekat 2-3 oz jgk cecair jernih tu saya pam keluar. Then, barulah slow2 yang color putih kekuningan pulak keluar..lebih kurang 2-3 oz jugak. Next pumping barulah dapat color susu yang normal..Alhamdulillah! Punyalah merana nak keluar susu nh. Stress! Habis air mata dok mengalir kenapa tak keluar2! 

So, conclusion nya.. GET YOUR OWN BREASTPUMP NOW!!! hehehehe..


Anda juga boleh dapatkan breastpump di FB: Cygnet Mom Shop
Atau PM saya di FB saya: Wan Adda untuk berkongsi cerita/bertanya mengenai masalah penyusuan badan.

In Shaa Allah..setiap masalah pasti ada penyelesaiannya.. let's together we figure it out! Sharing is Caring!! =)


Monday, January 20, 2014

Shoulder Dystocia - Erb's Palsy Part 1

7 bulan sudah pun berlalu, saat melihat tangan kanan anakku terkulai layu...
Hati ini sentiasa berharap, keajaiban itu akan berlaku..
Tangannya itu akan menggapai laju..
Menyambut dan menghulurkan jari2nya itu padaku..

"Brachial Plexus Palsy is paralysis of the arm caused by injury to the arm's nerves or Brachial Plexus. Erb's palsy is a form of Brachial plexus palsy whereby two of the arm's main nerves are damaged, specifically the upper trunk C5-C6. Most people have never heard of Brachial Plexus Palsy unless they or somebody they know are dealing with it. It is important to raise awereness of this issue, particularly to women who are pregnent, as this injury is largely preventable. Brachial plexus injuries most commonly occur during the birthing process when the babies shoulder becomes stuck behind the pubic bone, known as shoulder dystocia. When excessive force is used to pull the baby out it stretches the brachial plexus nerves and varying degrees of injury can occur. Most injuries will heal themselves, but there are some that require surgery."

Buat Ibu2/Ayah2 yang mengalami nasib yang sama seperti saya dan suami, jangan risau dan cemas! You are not alone! Please follow the instructions given by doctor. Lakukan langkah2 fisio/senaman/urutan yang disyorkan oleh pakar pada anak anda. Lakukan setiap hari, setiap waktu tanpa jemu! Setiap saat amatlah berharga. Jangan biarkan tangan/jari jemari anak anda kaku tanpa digerakkan. Move it! It worth!
Setiap bulan saya dan suami akan nampak new improvement pada tangan anak kami. Walaupun sedikit namun mampu menenangkan hati kami.

Ingin berkongsi pengalaman mengenai Erb's Palsy? Please do add friend my facebook and PM me.. =)