Jangan berjanji kalau tidak menepati. Jangan berkata2 jika semua itu dusta semata2. Nak seribu daya tak nak berjuta2 dalihnya. Sekali dua tak mengapa tapi jika kesilapan yang sama diulangi walaupun berjuta kali maaf dipohon adakah ini salah diri yang terasa kerana terlalu sensitif ? Kenapa memilih untuk berkahwin dengan yang dicintai jika di kemudian hari si lelaki lebih menjaga hati kawan2 wanitanya berbanding isteri sendiri ? Atau banyak menghabiskan masa bersama rakan2 lelakinya yang lain ? Bila ditanya si lelaki berkata rakan2nya itu lebih dahulu dikenalinya.
Tanpa disedari inilah yang menyebabkan wanita makan hati. Bila diluahkan kepada si lelaki dikatakan terlalu sensitif, cemburu buta dan sebagainya. Namun pernahkah si lelaki itu terfikir bahawa si wanita ini juga penat dengan kerja (bagi yang bekerja), melakukan kerja2 rumah, menjaga anak2, menjaga hati2 di sekelilingnya termasuklah masalah2 minor yang lain. Masing2 ada ego tapi berbaloikah ego itu jika kehilangan insan2 yang disayangi? Cinta seorang isteri kepada seorang suami ini sebenarnya misteri. Mungkin kita pelik bagaimana seorang wanita boleh bersabar selama berpuluh2 tahun walaupun terpaksa hidup menderita dengan sikap suaminya yang kaki pukul dan sebagainya. Tapi itulah realitinya yang kebanyakan lelaki tidak hargai dan tidak mahu mengerti.
Masing2 haruslah saling hargai dan fahami barulah keharmonian itu diperolehi. Saling memaafkan itulah yang paling penting walaupun dilakukan setiap hari. Usahlah malu, segan, jemu dan ego untuk berbincang walaupun penat atau sibuk. Jangan abaikan isu yang remeh kerana mungkin isu itu akan menjadi lebih besar seiring dengan masa yang berlalu ditambah lagi dengan perasaan kecewa yang teramat sangat. Kematian datang tak berjemput. Lakukannya sebelum terlambat dan hargailah insan2 yang kita sayang terutama ibu bapa kita, semestinya.
“Demi masa, sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian (yakni jika mereka membazirkan masa), kecuali mereka yang beramal soleh, berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan-pesan kepada kesabaran.” (Al-‘Asr:1-3)