Salam ukhwah untuk semua. Alhamdulillah saya masih lagi diberi peluang oleh ALLAH swt untuk bernafas dan menulis di ruangan blog saya yang tidak seberapa ini. Kelapangan pada hari ini membuka sedikit ruang kemalasan dalam diri untuk mencoretkan sedikit kerajinan menulis pada ruangan maya ini..=p
Alhamdulillah pada 13 Disember dan 14 Disember 2008 saya dapat bersama rakan-rakan Fiverz (SCIPP SPM 2004) yang lain untuk menghadiri satu reunion di Sudara Resort, Bachok mengikut jadual yang telah ditetapkan. Rindu pada teman-teman lama terubat jua. Kenangan manis mahupun pahit bertandang di hati dan sanubari tatkala mata bertemu mata. Masing-masing berkongsi pelbagai cerita dan khabar mengenai diri dan kehidupan yang bakal menanti. Senyuman tak lekang di bibir namun, ada juga yang sebaliknya. Biasalah, adat reunion..bukan semua kenangan manis yang kita dapat, sedikit pahit mungkin juga terselit.
Keterbukaan menggambarkan kematangan untuk menghadapi segala kemungkinan.
Terbukanya kita menerima sesuatu perkara walaupun hati kita yang menjadi taruhan. Tergurisnya hati dan perasaan dan terhinanya maruah apabila jalan keterbukaan ini yang kita ambil. Walaupun hati kita berkata,"kenapa aku kena jaga hati dia padahal dia asyik sakitkan hati aku je!". Itulah maknanya kesabaran yang terdidik dari keterbukaan yang menggambarkan matangnya diri dan jiwa seseorang itu. Jika kes ini berjaya dikendali dengan baik, InsyaALLAH kes-kes berat yang akan datang dapat ditangani dengan baik atau jauh lebih baik lagi.
Mimpi indah boleh bertukar menjadi mimpi ngeri, kejayaan boleh jadi kegagalan dan sebaliknya. Maka cuba kita ingat balik Lima Perkara Sebelum 5 Perkara.
Di sini saya sertakan beberapa gambar buat tatapan sahabat-sahabat reunion scipp #004..

- Sihat sebelum Sakit
- Muda sebelum Tua
- Kaya sebelum Miskin
- Lapang sebelum Sempit
- Hidup sebelum Mati
- Apabila engkau sedang bersembahyang, maka jagalah baik-baik fikiranmu.
- Apabila engkau berada di rumah orang lain, maka jaga-jagalah matamu.
- Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis, jagalah lidahmu.
- Apabila engkau di majlis jamuan makan, maka jagalah perangaimu.
- Ingatlah kepada ALLAH selalu.
- Ingatlah akan mati (dengan menyediakan amalan-amalan untuk menghadapinya).
- Lupakanlah budi baikmu kepada orang lain.
- Lupakan kesalahan orang terhadapmu.
Di sini saya sertakan beberapa gambar buat tatapan sahabat-sahabat reunion scipp #004..
2 comments:
satu pon xde gmba aku. huuuu~
gamba aku ado hoho
Post a Comment