BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, October 31, 2008

what happened when you hate someone?

Salam. Jangan terkejut melihat tajuk yang ditulis di atas. Di sini saya ingin berkongsi sedikit pengalaman saya (sila rujuk tajuk di atas). Sebenarnya tidak susah untuk membenci seseorang dan tidak susah juga untuk menyukai seseorang. Perasaan benci itu akan datang pada kita bila mana sikap seseorang itu tidak disukai dan disenangi oleh kita (menyampah). Mungkin juga atas sebab-sebab yang lain (bergantung pada situasi dan individu). Namun, apa yang anda lakukan bila perasaan benci itu menguasai diri? Well, mungkin ada di kalangan anda yang cuba menjauhkan diri, tidak bercakap selama beberapa hari or selama-lamanya. Namun, tidakkah anda rasa hidup anda sangat tidak teratur apabila anda membenci atau tidak menyukai seseorang? Mungkin ada yang akan menjawab "ye la" dan mungkin juga "tak pun".

Frankly speaking, i have this "hate' feeling. Almost 0ne year i have this feeling with a group of someone. But after that, i got some advise in one situation. "Jika kita pergi mana-mana sure kita akan jumpa atau berhadapan dengan pelbagai ragam manusia yang kita tidak suka. Apa penyelesaiannya? Kita hormati etika atau attitude seseorang itu. Kalau betul2 kita tak suka jangan terikut dengan gaya yang mereka bawa. Jika sikap mereka itu dikhuatiri boleh mendatangkan kemudaratan pada kita, sila2lah jauhkan diri."

Jadi apa yang mahu saya perkatakan di sini, jika anda membenci seseorang, maafkanlah dia. Mungkin dia tak tahu apa yang telah dia lakukan atau mungkin itulah sikapnya-->suka membuat orang benci padanya :p Bila hati kita sudi untuk memaafkan orang lain jiwa kita pun akan menjadi lebih tenang. Setiap kali saya marah pada seseorang saya akan cuba ingatkan diri saya,"siapalaa aku nak marah kat dia?siapalaa aku nak menilai orang lain?aku pun bukannya baik sangat pun" ;) . Seperti kata abang dan kakak2 ku --->tau takpe.

Namun, saya cukup pantang apabila melihat dan mendengar orang lain cuba melemahkan semangat orang lain. Sebagai contoh, "kalau stakat markah assignment sikit macam ni confirm fail la korang..". Ayat ini sangat menyakitkan hati bagi sahabat saya yang mengalami situasi ini. Namun, orang yang mengeluarkan kata-kata tersebut tidak sedar atau mungkin niatnya untuk bergurau. Inilah contoh dimana seseorang yang sangka dirinya pandai bergurau tetapi sebenarnya tidak. Apa penyelesaiannya? Buat dek je dengan orang sebegini. Elakkan sebarang perbualan yang panjang dengan orang sebegini kerana tindakan anda berborak dengannya akan membuatkan anda lebih sakit hati.

Ada juga kisah di mana si A ini terasa hati dengan si B kerana si B tidak bercakap dengannya. Si B pula terasa hati dengan si A kerana si A bersikap pelik dan tidak mahu bercakap dengannya. Masing-masing meluahkan perasaan pada si C. Si C hanya menggelengkan kepala. Kisah ini sebenarnya tidaklah serius tapi berlaku di kalangan kita pada hari ini. Perselisihan faham @ misunderstood ini sering berlaku di kalangan "friendship". Saya ada seorang sahabat yang bercakap ikut mood dan ikut suka dia saja @ laser. Pernah suatu hari saya bertanya sesuatu padanya dan dia membalasnya dengan kata-kata yang sedikit keras (ak tanya baik dia jawab cam nak gaduh ngan ak-->pehal?). Apa yang saya lakukan? Saya bangun dan terus berlalu meninggalkannya. Kenapa saya tidak bertindak menegurnya? Kerana saya tau dengan sikap saya yang panas baran akan memburukkan lagi keadaan. Maka penyelesaiannya saya cuba mententeramkan hati saya yang membara dengan menjauhinya. Seeloknya jika anda berada dalam situasi ini atau ada sahabat anda yang berada dalam situasi ini, biarkan dia bersendirian selama beberapa minit atau paling lama 1 jam.

Walaupun hati kita terluka dengan sikap2 manusia dan insan2 di sekeliling kita jangan pula kita merubah diri kita yang berperasaan (bila terluka means ada perasaan) kepada tidak berperasaan. Kita pula yang menyakiti hati orang lain dan tidak sedar dengan tindakan kita. Sesungguhnya sebagai seorang muslim@muslimah(bagi yang beragama Islam) cuba kita banyakkan membaca al-Quran dan solat2 sunat yang lain@qiam. Itulah langkah yang paling bagus untuk kita lakukan pabila hati kita terluka atau dilukai. Fahami diri anda untuk memahami diri orang lain. Sayangi diri anda untuk menyayangi orang lain. Bantulah diri anda untuk membantu orang lain. Inilah saya seadanya. Mohon kemaafan jika ada kelemahan dan kesilapan sepanjang tulisan ini ditulis dan dibaca oleh anda semua. Wassalam.




1 comments:

アイン said...

btol2...
happens over n over again..
repeatedly happen...
fenning2...