Susahnya mahu mencari buku motivasi yang sesuai untuk dibaca oleh saya yang sedikit malas ini. Mempunyai keluarga yang suka membaca sedikit sebanyak mengubah diri saya menjadi seorang yang suka membaca. Melalui minat membaca inilah yang mencetuskan hobi suka menulis saya sekarang. Saya pernah juga berjinak dengan dunia penulisan semasa sekolah menengah. Antaranya menulis puisi dan cereka sains anjuran karyanet. Hanya mendapat saguhati bagi kedua-dua kategori ini. Pengalaman yang saya kira tak dapat saya gambarkan. Apa yang menyedihkan saya tidak dapat menghadiri majlis penyampaian hadiah ini kerana saya berada di matrikulasi melaka pada masa itu. Malas sebenarnya hendak menaiki bas ke Kuala Lumpur. Jadi ibu saudara sayalah yang menjadi wakil saya pada ketika itu. Sebenarnya ibu saudara sayalah yang mendesak saya supaya menulis puisi dan cereka sains untuk dihantar ke karyanet. Dua kali saya berjaya memboloskan diri daripada desakan ibu saudara saya. Namun kali ketiga iaitu semasa cuti panjang menunggu keputusan SPM, saya tidak dapat mengelakkan diri. Kenapa ibu saudara saya mendesak saya supaya menghantar karya saya untuk dipertandingkan? walaupun sebenarnya saya lebih suka menulis dan memberi baca kepada kawan-kawan terdekat sahaja.
Suatu hari, saya menyuruh sepupu saya membaca sebahagian cerpen yang saya tulis. Dia bawa balik ke rumah untuk dibaca dan keesokan harinya ibu saudara saya mencari saya adakah cerpen yang sepupu saya baca itu ditulis oleh saya. Sejak itulah ibu saudara saya atau dipanggil 'mak su' mendesak saya supaya menulis untuk dipertandingkan dalam karyanet. Namun setelah memasuki matrikulasi, minat saya dalam penulisan ini terabai kerana terlalu sibuk untuk mengejar subjek-subjek yang saya lemah dan sukar untuk difahami. :p Namun minat membaca tidak dapat saya abaikan dan tinggalkan mahupun satu hari :)
Jika dahulu semasa sekolah rendah dan tingkatan 1 dan 2 saya lebih suka membaca novel-novel bm. Tapi saya tidak pernah mencuba untuk membaca novel bi. Semasa berada di tingkatan 3, saya ingat lagi bagaimana saya mula berjinak membaca buku-buku bi. Seorang guru bi (Pn Azizah) memberitahu kelas saya(beliau merupakan guru kelas kami ketika itu--->3 Fatimah) supaya membaca buku, novel atau surat khabar bi untuk memperbaiki dan membantu subjek bi kami. Saya mula menyedari apa yang beliau cuba katakan. Kebetulan saya mempunyai seorang kawan(lupa sudah namanya) suka membaca novel-novel bi(bukan ida abdullah dan ailyn zarina, walaupun mereka berdua juga suka membaca novel bi).Kawan yang saya maksudkan ini bukan pelajar kelas 3 Fatimah. Saya bertanya kepadanya tak susah ke baca novel bi? Nanti nak tengok kamus kalau tak faham apa maksudnya. Leceh. Mungkin itulah yang menyebabkan saya tidak suka membaca buku bi dan tidak mahu mencubanya. Namun, jawapan yang saya dengar daripada kawan saya ini menyedarkan saya. Anda mahu tahu apa yang dikatakannya? "Kalau first time kau baca novel bi kau jangan tengok kamus dulu. Kita nak baca novel sebab kita nak tahu apa cerita yang kita baca tu kan? So, kau baca je dulu. Asalkan kau tahu jalan cerita yang ditulis tu. Lama-lama nanti kau akan jadi terbiasa dengan sendirinya dan kau akan faham apa yang ditulis tu walaupun dalam bi."
Wow!! Jadi selepas hari itu, saya terus pergi ke library sekolah untuk mencari novel bi yang paling nipis tapi tak terlalu nipis. Saya cuba membaca novel remaja bi. Dalam masa satu hari saya berjaya menghabiskannya tanpa melihat kamus seperti yang diberitahu oleh kawan saya. Memang ada banyak perkataan yang tidak saya fahami tetapi saya memahami cerita yang ditulis. Tentu anda tertanya-tanya apa terjadi kepada saya selepas itu?:p Saya mula menjadi 'kipas susah nak mati' @ die hard fan kepada novel-novel bi. Novel-novel bm saya dapat habiskan dalam masa satu hari sahaja. Ini menyebabkan saya tidak mendapat kepuasan yang maximum dalam pembacaan :p Maka novel-novel bi menjadi pilihan sehinggalah sekarang. Berkat dari kesungguhan yang sedikit terlewat ini membantu saya dalam PMR,SPM dan MUET. So, why not anda cuba dahulu dan lihat hasilnya kemudian. Mungkin semasa anda melakukannya anda tidak nampak hasilnya dan mungkin anda akan fikir ia sedikit menyusahkan namun apabila anda sudah terbiasa anda akan enjoy dan perkara itu akan menjadi rutin anda. Mungkin 10 tahun akan datang hasilnya akan membuat anda tersenyum kecil. :)

0 comments:
Post a Comment