BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, August 8, 2008

080808


Salam.080808 merupakan tarikh yang amat bermakna bagi seseorang pada tahun ini terutamanya pada ayahanda tercinta yg berada jauh di mata namun dekat di hati.^_^.Kepada ayahanda tercinta saya ucapkan selamat hari lahir yang ke-56 walaupun sudah di wish kan via phone call pada pukul 08:08am tadi. :) kenapa saya katakan tahun bermakna? Dengan terteranya tarikh 080808 pada hari ini maka ayahanda tercinta sudah menamatkan kerjayanya sebagai seorang guru. Namun bagi saya ayahanda tetap selama-lamanya guru di hati saya kerana tanpa tunjuk ajar ayahanda tiadalah saya di UMS ini sekarang. Ayahanda sememangnya merupakan seorang yang mementingkan education. Hal ini terbukti tatkala pada suatu pagi semasa cuti panjang menunggu keputusan SPM, saya bertanya pada ayahanda bolehkah jika saya mahu mengambil lesen kereta. Namun, jawapan yang diterima daripada ayahanda sedikit menghampakan saya. Ayahanda menolak cadangan pengambilan lesen kereta tetapi menggantikannya dengan cadangan mempelajari bahasa Inggeris ( communication skill). Penolakan lesen kereta daripada ayahanda membuatkan saya bermuram muka selama 2 hari sahaja :p Pada mulanya saya fikirkan cadangan kelas bi itu hanya cadangan semata-mata untuk menolak cadangan lesen kereta namun pada minggu itu juga di suatu pagi, ayahanda menyuruh saya mengikutnya ke bandar. Saya mula berangan-angan mungkin ayahanda sudah bersetuju dengan cadangan lesen kereta tetapi sebaliknya. Ayahanda membawa saya untuk mendaftar masuk ke kelas Learning English with Communication Skill di Smart Readers. Kesungguhan yang terpamer pada raut wajah ayahanda membuatkan saya sedikit sebak dan terharu. Saya menerima cadangan ayahanda dengan hati yang terbuka tanpa perasaan marah kerana tidak dapat mengambil lesen kereta seperti kebanyakan rakan-rakan yang lain.

Selepas beberapa ketika result SPM dikeluarkan, saya menerima tawaran interview TESL daripada MARA. Ayahandalah orang pertama yang gembira mendengar berita ini. Beliau jugalah yang membeli tiket bas dan menemani saya ke KL untuk interview ini. Saya masih ingat lagi kata-kata ayahanda,"ada juga faedahnya ambil kelas bi tu.." :) Yup,tats rite dad..thanks 2 u..
Ketegasan dan kesabaran ayahanda dalam mendidik kami adik beradik terutama diri saya yang paling degil dan nakal amat saya hargai dan akan saya ingati sehingga akhir hayat. Tanpa ayahanda di sisi saya siapalah saya di dunia ini. Terima kasih ayahanda! Selamat Hari Lahir. Semoga panjang umur murah rezeki dan dirahmati oleh ALLAH swt selalu. AMIN...

1 comments:

nara said...

huhuhu yup.. ak pun suke o8o8o8..
amazing no for me to...
hepi besday 2 me gak...
huhuhu