BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, July 20, 2009

Kami budak baru belajar..kalau salah tolong tunjukkan


Kerjaya sebagai guru memang menjadi pilihan namun apa yang akan terjadi jika kerjaya guru ini hanya kerana gaji dan kerja semata-mata? Jika kita bercakap mengenai guru pasti yang mula2 terbayang di minda kita ialah guru sekolah rendah dan menengah. Di peringkat institusi pengajian tinggi juga mempunyai guru atau lebih dikenali dengan nama pensyarah. Gelaran yang berbeza namun cri-cirinya tetap sama iaitu mengajar bukannya ‘mengajar’. Apa yang saya maksudkan ‘mengajar’ ini? ‘Mengajar’ students dengan cara memfailkan student tanpa bantuan daripada assessment yang diberi.




Sememangnya itulah lumrah bila berada di alam kampus. Istilah ‘manja’, ‘relax’, ‘menatang bagai minyak yang penuh’ tidak wujud dan sememangnya tidak boleh diwujudkan. Kesemua perkara harus dibuat dengan sendiri. Berfikiran kreatif dalam menyelesaikan semua masalah dan perkara perlu supaya diri kita tidak tertarik dengan ion-ion negatif atau diri kita yang menarik semua perkara-perkara negatif tersebut.




Berbalik kepada istilah ‘mengajar’ tadi. Kebanyakan pensyarah yang mempunyai istilah ‘mengajar’ hanya perlu membuat perkara-perkara seperti berikut untuk layak diberi istilah ‘mengajar’:


1. Masuk dewan kuliah
2. Buka slide/nota
3. Terangkan isi slide secara ringkas
4. Bagi tutorial
5. Bagi kuiz
6. Mid-term
7. Keluar dewan kuliah
8. Exam final

* 1, 2, 3, 4,5 dan 7 diulangi sehingga exam final.



Namun soalan-soalan bagi mid-term dan final tidak semestinya sama dengan nota. Tetapi kebanyakan pensyarah memberikan soalan yang mempunyai kaitan dengan apa yang diajar di dalam dewan kuliah dan nota yang diberikan. Walaubagaimanapun, malanglah nasib anda jika menemui pensyarah yang sangat tidak bermurah hati bukan sahaja kedekut dari segi pembahagian markah, assessment pun sengaja disusahkan dengan alasan supaya student2nya berdikari mencari jawapan bagi soalan2 tutorial yang tiada dalam nota-nota yang diberikannya. Dengan memberikan alasan mengapa pensyarah2 di negara kita tidak mencontohi pensyarah2 di luar negara?Apa perlukah kita mencontohi teknik2 pengajaran pensyarah2di luar negara? Mungkin contoh yang baik perlulah diteladani tetapi haruslah dilihat samada penerimaaannya bersesuaian dengan student di negara kita atau tidak.



Bagaimana harus kita meningkatkan kualiti pendidikan di peringkat institusi pengajian tinggi supaya melahirkan graduan yang berkualiti tinggi? Masalah yang harus difikirkan bersama bukan sahaja pensyarah, malah student2 yang bakal menjadi graduan di masa akan datang. Apa-apapun melentur buluh biarlah dari rebungnya barulah hasilnya pun dapat dilihat. Ini tidak, tinggal beberapa bulan sebagai student akhir tahun baru hendak ‘melentur’ dan terus ingin melihat hasilnya. Sudah tentulah hal ini bukan sahaja menyakitkan hati pensyarah itu sendiri malah student juga akan turut merasa hati kerana itulah yang akan berlaku bilamana guru memandang rendah dan hina pada student di saat student mula2 melangkahkan kaki masuk ke dalam dewan kuliah. Namun begitulah student – “kami budak baru belajar kalau salah tolong tunjukkan” bukan ‘ajarkan’.

Perkataan yang sama tetapi berlainan maksud. Contoh:


  1. Kalau kamu tidak faham mari cikgu ajarkan kamu (+ve)
  2. Meh aku ajar sket biar bagi paham. (-ve)


Fikir-fikirkanlah dan selamat beramal!




1 comments:

Vita Meglio said...

Haha...cikgu la penting utk generasi depan..kalo parent tak reti jaga anak, cikgu/pensyarah sendiri seksa murid2, tu pasal la banyak kes juvana...murid sendiri malas p skolah pasal cikgu saje carik pasal, kelas boring etc..duk umah pun parent duk balun, baik buat jahat..

so, amanah cikgu ni bukan main2, ibarat ibubapa ke-2 selepas parent tulen..malangnya, jasa guru semakin dilupakan..gaji ciput, beban bersepah tetambah time semak kertas spm/pmr/upsr. Belum lagi time ada sukan sekolah etc, lagi bizi. Kalau ada jawatan lagi, konfem gila nak melayan kanak2 smua tu.

Harapnya, lepasni kita lebih hargai jasa guru, bukan sekadar di bibir, tapi doakan mereka bahagia di sana..ataupun gesa kerajaan naikkan gaji dan elaun tambahan utk para guru (ops..)

Walaupun sy bukan cikgu, tapi kesian gak tgk dilema cikgu2 malaysia skang ne. ramai tak hargai ilmu, terutamanya pemimpin sendiri, jadik cikgu pun penat mendidik generasi muda sedangkan pemimpin sendiri ajar enjoy je, ilmu perkara ke-2..

bebel panjang lak..huhu..wassalam