BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, February 21, 2009

Ada apa dengan malas?

Salam ukhwah buat semua. Tiada apa yang dapat saya ungkapkan pada hari ini, hanya satu-"Marilah kita sama-sama melawan sikap malas dalam diri!".Melawan perasaan malas adalah sesuatu perkara yang paling besar dalam hidup ini. Jika kemalasan itu menguasai diri, nescaya tiadalah kejayaan yang akan dikecapi oleh kita pada hari ini mahupun hari-hari yang mendatang. Proses melawan perasaan malas itu akan menghasilkan kesan sampingan yang disebut sebagai pergolakan jiwa. Ini terjadi kerana diri kita tidak mahu atau tidak selesa dengan kehadiran perasaan malas itu. Namun, bagi sesiapa yang merasakan keselesaan malas itu akan sentiasa merasakan kelapangan dan akhirnya tertipu dengan perasaannya sendiri.

Berbalik kepada kes pergolakan jiwa yang terhasil dari sifat atau sikap malas tadi. Pergolakan jiwa atau tekanan ini mesti ditangani dengan baik dan penuh hikmah. Sebagai seorang Muslim atau Muslimah, anggaplah perkara ini sebagai dugaan dari ALLAH s.w.t dalam menguji kesabaran kita dalam melakukan ibadah. Adakalanya perasaan malas ini membuatkan kita rasa mengantuk walaupun kita baru sahaja bangun dari tidur yang mencukupi. Selain itu, perasaan malas ini juga mampu membuatkan minda kita tidak fokus dalam sesuatu perkara seperti terlupa atau tidak tahu apa yang hendak dilakukan pada hari itu. Selain itu, sikap negatif yang lain akan muncul satu persatu seperti perasaan tidak puas hati, perasaan ingin marah, tidak senang melihat kesenangan orang lain dan sebagainya.

Maka, apa yang patut kita lakukan untuk mengelakkan sikap malas ini dari menguasai diri kita sepenuhnya? Apa kata kita cuba sedaya upaya untuk mendisiplinkan diri kita. Adaptasikan dalam diri kita setiap pagi dengan bangun awal setiap pagi (bagi sahabat muslim & muslimah-bangun qiam @ solat subuh). Percaya atau tidak terserah pada kalian tapi tentu ada sesetengah dari anda pernah mendengar -"bangun pagi murah rezeki"..Itulah ayat yang sentiasa bonda ingatkan setiap kali balik bercuti (hehehehhe..)

Hari ini saya sedikit kesibukan kerana terpaksa berada di lab menyiapkan sound recording dan sedikit analisis. Alhamdulillah, hari ini terbuka sedikit ruang kerajinan untuk membuat lab (biasanya hari minggu bersantai di rumah..hehehe). Sound recording buat kali ke-3 selesai dilaksanakan. Maka, terpaksalah saya mengundurkan diri dari ruangan blog saya yang tak seberapa ini buat hari ini. Sedikit analisis untuk sound recording harus saya utamakan. Nyalakan api kerajinan dalam diri untuk menerangi ruangan kemalasan dalam diri. Salam.


4 comments:

Anonymous said...

set your goals as for today...

Anonymous said...

saya pun nk rajin!!
12A1 SPM 2010!!!
yeahhh...

Pn. Wan Adda said...

bagus2..all d'best k.

Miss EZ said...

bestnye klu blh atasi perasaan MALAS ni..mmg sakit aTi klu malas..sume keje x jdi..btol jer apa yg tertulis dlm post ni..blh try cara tu..thx yer..