Ceriteraceria means 'cerita'-story then 'ceria'-cheerful. New name and new skin for my blog just to remind myself that everything in our life need to be change. I need to be cheerful. Yesterday was history but today is a reality. 'Gambate' for today then 'ceriteraceria' will now begin...
Sunday, July 19, 2009
Wednesday, July 8, 2009
Timeless in TIME
Posted by Pn. Wan Adda at 3:01 PM 0 comments
Tuesday, June 30, 2009
Just like the other days
Just like the other days. Same as today. 0830 until 1730 except for Thursday 1700, i will be at my industrial training. Then, as for Friday and Saturday it is time for my driving lesson (both car and motorcycle). Really excited to get the license.
My cousin's wedding.
Still that cute little boy
At another cousin's wedding
Still another cousin' wedding
My lovely 'anak sepupu' at another cousin's wedding
Posted by Pn. Wan Adda at 3:36 PM 1 comments
Sunday, May 31, 2009
Kekeliruan Remaja?
Masalah tekanan atau stress sering dialami oleh golongan muda mahupun tua. Stress yang paling teruk pernah dialami oleh saya ialah ketika di sekolah menengah. Mungkin tidak ramai ibu bapa yang tahu bahawa anak-anak terutama remaja sangat mudah terjurus kepada masalah juvana terutama remaja lelaki. Mujurlah se ‘stress-stress’ saya pun saya masih lagi dapat berfikir dengan waras. Alhamdulillah dengan didikan ayahanda yang sangat tegas dan didikan agama dari bonda tercinta menjadikan diri saya sekarang. Sejujurnya pada awal remaja (sekolah rendah), saya tersangatlah nakal sehingga tengkingan dan jeritan maut, libasan rotan sudah menjadi perkara biasa di awal darjah 1( ingat lagi ayahanda berkata..umur 6 tahun dah boleh kena rotan). Saya pernah terjun tingkap bilik untuk
Jiwa remaja sememangnya sentiasa penuh dengan duka dan lara. Makin ditekan, makin ditolak. Makin dirapati, makin dijauhi. Makin disayangi, makin dibenci. Pada siapa harus kita menuding jari? Kebanyakan ibu bapa kadang-kadang tak mengerti. Pada mereka, anak-anak tak
Pergolakan jiwa, kekeliruan dalam kehidupan dan tekanan perasaan merupakan perkara biasa yang akan dirasai oleh golongan remaja. Cara penyelesaiannya terserah pada diri sendiri. Jika ada yang bernasib baik, adalah insan-insan yang baik hati turut sama menolong. Yang tidak bernasib baik pula terjerumus dengan perkara-perkara negatif yang boleh membawa kepada kehancuran masa depan dan keselesaan yang hanya sementara. Cubalah yakin pada diri sendiri bukannya hanya mendengar suara hati yang kadang-kadang tidak membawa erti. Mungkin ada yang pernah berkata, waktu muda waktu untuk enjoy, bila dah tua nanti barulah buat ibadah. Ceteknya pemikiran insan yang pernah melafazkan kata-kata ini. Jika engkau
Islam bukan sahaja terletak pada IC tetapi hati dan nurani. Cubalah mendekati dan melaksanakan ibadah yang wajib dibuat setiap hari. Buat keluarga dan sahabat handai, kalian juga cubalah mengerti. Bukan hanya tahu memarahi dan menyakiti. Setiap yang bernyawa mempunyai hati dan perasaan. Apa salahnya kita saling memaafkan. Siapalah kita untuk mengadili sebuah kehidupan kerana itu hak peribadi dan ALLAH sahaja yang berhak mengadilinya. Menasihati dan mengingati boleh, memaksa jangan sekali. Remaja yang bijak adalah remaja yang memilih ALLAH sebagai cara penyelesaiannya. Pabila datang marahnya, dia akan mengambil wuduk dan melakukan solat sunat. Solat
Susahnya hendak melakukan kebaikan dan senangnya melakukan kejahatan. Susah-susah dahulu senang-senang kemudian. Hidup ini hanya sekali. Selepas hidup pasti datangnya mati. Percayalah adanya neraka dan syurga. Dunia hanyalah transit sementara. Saya bukanlah orang yang bijak pandai atau
Posted by Pn. Wan Adda at 11:11 AM 1 comments
Sunday, May 24, 2009
Main Hati
Sakitnya hati bila dilukai oleh insan yang kita sayangi. Bahkan kalau digigit oleh kucing kesayangan pun ada yang menangis. Menangis bukan kerana kesakitan tetapi terkilan dengan sikap kucing kesayangan itu. Walaupun kita tahu hakikatnya kucing yang disayangi itu merupakan seekor binatang dan bukannya manusia serta kemungkinan untuk menggigit adalah tinggi. Seperti manusia juga, mungkin ada yang ditinggalkan teman lelaki yang memberi alasan kita terlalu baik untuknya. Terimalah seadanya bahawa – bahawa lelaki itu jahat! Jangan
Lelaki memang pandai berkata-kata. Manis pula berbicara. Terimalah seadanya. Tidak percaya ? Tanyalah diri sendiri yang pernah bercinta dan ditinggalkan. Apa janji-janji manis yang pernah dileburkan dalam volcano cinta anda berdua suatu ketika dahulu ? Apa hasilnya ? Hanya asap-asap dan debu-debu beracun yang mampu membunuh seorang insan bergelar manusia apatah lagi hati seorang wanita. Mengakulah wahai lelaki-lelaki yang pernah bercinta dan lari dengan alasan-alasan yang tak munasabah, bak kata pepatah – habis madu sepah dibuang ! Itulah lelaki, yang manis mahu, yang masam, pahit, masin, pedas tak mahu. Katanya wanita banyak songeh, terlalu memilih atau jual mahal. Padahal menatang dulang, paku serpih, mengata orang dia yang lebih!
Tak usahlah membela diri dengan berkata “Dia tu memang playgirl, suka mainkan hati lelaki. Padanlah dengan muka dia..”. Maka apa kata wanita pula? Membalas dendam kerana hatinya pernah dipermainkan oleh seorang lelaki. Dia mencintai sepenuh hati namun si dia mencintai tak sampai sekerat hati. Apa yang nak dikatakan lagi ? Satu jari menuding, empat jari lagi kembali menuding kepada diri kita sendiri. Ini bukan kisah peribadi diri sendiri. Sekadar pemerhati dan pendengar yang baik hati. Tak mahu simpan untuk diri sendiri. Untuk dijadikan panduan buat wanita-wanita mahupun laki-laki. Jangan suka-suka nak main hati. Nanti ada pula yang sakit hati sampai sanggup nak bunuh diri (nauzubillah..minta jauhlaa kan). Cinta itu sesuatu yang suci. Mulakannya dengan niat yang murni. Suburkannya dengan budi pekerti dan saling memahami. Buat yang tiada lagi janganlah dirisaui. Sampai masanya anda akan jumpa juga dengan si dia yang anda dan dia saling sukai sepenuh hati. Ingatlah satu perkara sebelum saya mengundurkan diri. Janganlah terlalu membenci kerana boleh jadi dialah yang akan kita cintai. Jangan pula terlalu mencintai kerana boleh jadi dialah yang akan kita benci. Salam.
Posted by Pn. Wan Adda at 1:01 AM 0 comments
Sunday, May 10, 2009
Pulau Tiga
Apa yang membuatkan saya tertarik hati dengan Pulau Tiga ini adalah keindahan semula jadi yang amatlah memukau mata sesiapa sahaja yang menjadi pengunjung Pulau Tiga ini. Saya berpeluang melihat batu karang serta ikan-ikan kecil yang berwarna warni. Mandi lumpur di mud volcano merupakan salah satu daripada keunikan di Pulau Tiga ini. Walaupun seronok bermain air dan menyelam menggunakan life jacket namun apa yang menghampakan saya ialah pulang tanpa kemahiran berenang. Saya hanya dapat terapung..hehehehe. Minum air garam free usahlah dikira berapa kali..hehehe. Di sini saya paparkan beberapa keping gambar pemandangan dan kawasan di sekitar Pulau Tiga sambil cuba untuk menjadi nature photographer ;p . Mungkin dengan melihat gambar-gambar ini anda akan tertarik untuk melawat Pulau Tiga yang hanya memerlukan masa lebih kurang 1 jam dari jeti Kuala Penyu.
Posted by Pn. Wan Adda at 12:49 AM 2 comments
Saturday, April 11, 2009
hari ini..
Saya sebenarnya dalam dilema. Tidak puas hati tapi memendam dalam hati. Argh!!!! Sakit hati! Aku rasa apa yang aku buat semua tak berbaloi. Seperti mencurah air ke atas daun keladi. Sia-sia.
Terasa diri ini sangat bodoh!
**Selepas lima minit(berjaya menenangkan fikiran yang tadi tengah bercelaru)...
Saya yang bersalah. Usaha yang dilakukan masih lagi tak mencukupi.Kejayaan tak datang bergolek. Dugaan dari ALLAH untuk hamba-Nya supaya diri ini sentiasa mengingati-Nya.Masih ada waktu walaupun masa yang ada untuk saya sangat limited. Doakan saya. Untuk saya menemui kejayaan dan impian yang saya dambakan setiap hari dan setiap saat. Terima kasih buat semua.
Posted by Pn. Wan Adda at 9:43 AM 0 comments




.gif)








