Hati ibu mana yang tak sedih melihat tangan anaknya tidak bergerak normal seperti bayi2 normal yg lain. Tipulah kalau saya kata tidak pernah menangis. Tapi, jika terlalu melayan perasaan sedih bagaimana pula dengan anak saya nanti. For Muslim .. percayalah ini adalah ujian dari Allah SWT kepada kita. Allah sayangkan kita sebab itu ujian ini hadir pada kita. Setiap hari kita dalam keberkatan dan kasih sayang Allah. Ujian itu mengingatkan kita akan kekuasaan Allah. Hanya Allah yang memberi sakit dan menyembuhkan penyakit. Setiap hari saya takkan lupa untuk berdoa supaya Allah sembuhkan tangan anak saya. Doa tetap doa, usaha jangan pula dilupakan. Fisio, senaman, urutan semua saya lakukan. Biasanya saya akan gunakan Jerslin Oil urut dari belakang, bahu, lengan dan jari jemarinya (sambil2 berselawat/baca al-Fathihah/Ayat Kursi/Ayat Seribu Dinar/Selawat Syifa'). Kemudian, saya urut dari jari-jari tangan naik ke bahu. Urutan mestilah dilakukan ke atas (nasihat dari pakar fisio). After that, barulah saya mulakan senaman pergerakan jari2 tangannya, pergelangan tangan, lengan dan bahu. Selepas mandikannya memang inilah yang wajib saya lakukan kecuali dia meragam nak tidur atau menyusu (saya pospone dahulu). Then bila dia tak tidur saya sentiasa lakukan semua urutan, senaman dan pergerakan tadi.
Kenapa tak saman?
Well, Alhamdulillah..luckily tempat kerja suami ada GL untuk semua rawatan di hospital. So, kami tak terfikir pun nak saman especially saya. Being alive pun dah bersyukur sangat2. Anak saya pun Alhamdulillah sihat walafiat. Mungkin bagi anda yang mengalami situasi seperti saya namun tidak mampu untuk membayar bil perubatan anak anda (saman is an option). Tujuannya adalah untuk support segala kos perubatan anak anda (itu yang difahamkan kepada saya). Apa2 jika anda ingin teruskan niat menyaman silalah rujuk/dapatkan pro consultation (i means-lawyer). Then, you should also consider medical insurance (no one know the future right?). Marah? Mestilah ada. Saya marah Dr. tak scan dulu before induce. Saya marah Dr. biarkan saya lama2 selepas pecahkan air ketuban daripada pukul 930am until 5pm. Nasib baik ada husband setia menanti di samping saya. Dengan misi2 yang garang 2 orang (lain2 okey aja). Tapi takdelaa garang sangat pun. Kikiki.. Then, bila difikir balik. Marah pun tak ke mana. Sekarang ni hal anak okey? Bukan pasal diri kita. Dr. dah berusaha selamatkan anak yang lemas (heartbeat dah drop sebab lama sangat dok meneran tak keluar2) tu pun saya dah bersyukur dan berterima kasih sangat2 dah. Alhamdulillah! =) Tapi anda?? Mungkin lain ceritanya daripada saya... jeng3.. =)
Tak bawak jumpa bomoh ka?
Hahaha..(why i'm laughing?). Frankly, saya bukanlah tak percayakan bomoh atau benda2 mistik ini. Kui3. Sebenarnya, saya dah 2x bawak jumpa Tok Mudim (in Terengganu they called Tok Mudim/Kelantan - Tok Bomoh/ Tukang Urut). Itupun setelah didesak beberapa kali oleh keluarga (actually Dr. tak bagi sebab dibimbangi akan jadi lebih teruk). Ini pun dah habis air mata saya tak nak bawak pergi. Tapi, nak jaga hati ornag tua. Katanya, tak sentuh pun (tgk2 sentuh jgk. Siap kata tulang tak masuk dengan betul..bla..bla..bla). Kalau ikut x-ray, Dr said 'no obvious dislocation'. Of course, I dont't know which one to believe. And I make decision to follow my instinct ( which I believe Allah will guide me). Then after bawak 2x tu saya tak bawak pergi daa. Walaupun ada family terdekat tanya kenapa tak bawak pergi lagi dah tangan tak elok lagi? Nonsense! (Dalam hati ajelaa). Bibir sentiasa mengukirkan senyuman walaupun hati dah berang. Heee..
Saya lebih percaya doa ibu itu mustajab. That is why I always asked my Mother to pray(doa) for me and my daughter. Alhamdulillah, sekarang dah masuk 7 bulan.. tangan anak saya semakin menunjukkan progress. Setiap bulan saya nampak new improvement. Walaupun sedikit/sekecil pergerakan, itu tetap saya panggil "improvement". I believe in positive words. Or the power of subconscious mind. Saya percaya tangan anak saya akan sembuh dan itulah yang akan berlaku (cepat atau lambat). In shaa ALLAH! =)
Walaupun Dr. atau pakar fisio ada yang kata susah, tak tahu, lambat, bertahun-tahun.. saya dan suami hanya pekakkan telinga. What will happen in the future is because of NOW!! Anda faham? Heee..
Rawatan sekarang?
Sekarang, saya hanya bawa anak saya setiap kali ada check up dengan Doktor Pakar Kanak2 di Kuala Terengganu Specialist (Cucuk, Demam dan sebagainya). Then, continue appointment dengan Unit Fisio di situ (baru sekali bawak sebab sebelum ni kami tinggal di Lukut, N9). Semasa di N9, saya dan husband bawa anak kami ke KPJ Seremban Specialist. Alhamdulillah setakat ini kami rasa unit fisio di situ paling best. Positive words of course. Bantuan/nasihat/layanan di Unit Fisio sana pun bagus. Splint untuk tangan anak kami pun dibuat di situ (kalau KTS takde. Kena pergi hospital besar KT kalau nak buat).
Nantikan ceritera saya di Part 3 mengenai senaman2 di awal kelahiran untuk Shoulder Dystocia - Erb's Palsy dan perkembangannya. =)
Click here for Shoulder Dystocia - Erb's Palsy Part 1
3 comments:
Kuat k da!! ak pun pernah totally lost right hand nerve. Yakin je fisioterapi. Memang amik masa, tapi alhamdulillah, boleh recover balik. Jangan putus asa sangat k! Ak amik masa almost 5 years untuk total recovery. Percaya. Think positive. Always. Love you da..
Heeee. Thanks Aimi chan.. =)
terima kasih ya puan saya tumpang baca. anak saya pun erb palsy (setahun 1 bln usia skrg).
Post a Comment