BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, January 10, 2010

Buat Yang Teristimewa


Mengenali Dirimu

Tiada kata yang dapat diungkap
Untuk mengungkai seribu satu persoalan
Mengenali dirimu tanpa disangka
Mataku terpejam
Walau jiwa meronta
Namun hati tertanya-tanya
Mungkinkah ini suatu kebetulan atau sebaliknya?

Ku biar sahaja masa itu berlalu
Bermula saat mengenali dirimu
Pertama kali sehingga ke hari ini
Tiada lagi rasa gusar atau sangsi
Kerna yakinmu meyakinkan aku
Untuk menerimamu seadanya
Dalam hidupku yang serba sederhana

Sungguh...
Mengenali dirimu suatu anugerah yang teristimewa
Mewarnai sinar-sinar masa dan ketika
Lahirmu ke dunia ini ku ucap
Terima kasih Tuhan
Doaku buatmu agar sentiasa diberkati
Dan dirahmati Tuhan
Agar hari-harimu sedamai mentari pagi
Seindah warna pelangi
Tatkala gerimis datang mengundang


by: oneadda, 09 Jan 2010,7 pm

2 comments:

Unknown said...

kah kesayangan mu y baru kenal itu..huhuuu

Pn. Wan Adda said...

semua org aku syg..termasuklah mu nini san~ ;)