BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, July 28, 2012

Syukur dalam Susah dan Senang..

Kadangkala sesetengah manusia beranggapan mereka sudah berbuat baik kepada semua orang yang ditemui. Bersedekah, memberi rezeki, memberi motivasi tapi tanpa disedari ada hati-hati yang terluka dek kerana sikap dan kata yang tidak enak dibisik atau dilakukan secara halus. Dan hati-hati terluka itu mendiamkan diri menyimpan lara. Kemudian hanya disedari pabila hati-hati terluka itu sudah tiada lagi atau jauh suda pergi.. Hmm..fikir2kanlah.. Moga kita tidak termasuk dalam golongan2 ini.. Maafkan saya jika ada hati-hati yang terluka.. Maaf.. Mungkin saya juga termasuk dalam kategori hati-hati yang terluka dan saya sudah pun memaafkan mereka-mereka walaupun memori itu masih terpahat di minda.. ehem
Tahun kedua berkerja dengan pendapatan yang boleh dikatakan agak rendah mungkin sedikit tersiksa, namun inilah pengalaman yang saya inginkan. Keinginan saya untuk mengetahui kehidupan sukar dengan pendapatan yang rendah ini memberi peluang kepada saya mengenali rakan-rakan sekerja yang hidup mereka jauh lebih sukar dan susah berbanding diri saya ini. Oh, syukur atas nikmat yang ALLAH swt kurniakan kepada saya, suami dan keluarga kami! Syukur Alhamdulillah!
Berkerja dengan majikan yang menjaga kebajikan pekerja walaupun gaji yang sedikit/sederhana dengan suasana kerja/rakan sekerja memberikan kerjasama yang baik sebenarnya mampu membuatkan pekerja-pekerja seperti kami kekal lama melaksanakan tanggungjawab mengajar anak-anak kecil yang pelbagai ragam. Melayan kerenah anak-anak kecil yang sesetengahnya jauh lebih aktif berbanding berada di rumah mereka sendiri. Namun, inilah yang membuatkan hati kami terubat dan terhibur tatkala kepenatan mula menjengah masuk ke dalam badan. Di akhir waktu kerja kami, topik mengenai anak-anak kecil yang kami didik akan menjadi perbualan dan perkongsian sesama rakan sekerja. =)
Walaubagaimanapun, pengurusan/management yang sangat menyakitkan hati mampu membuatkan pekerja tidak kekal lama dan sering bertukar-tukar pekerja. Pada pandangan saya, menguruskan sesebuah organisasi pendidikan anak-anak kecil ini tidaklah sukar. Namun, apabila melibatkan human resource yakni hal-hal pengambilan pekerja, itulah yang menjadikan tugas mengekalkan quality in education itu sukar. Maksud saya di sini ialah mencari pekerja itu senang tapi untuk mencari pekerja yang sesuai itu sukar. Jika terlalu kerap pekerja bertukar-tukar maka ini akan menjejaskan kualiti sesebuah organisasi tersebut tidak kiralah besar atau kecil.
Majikan atau pekerja, masing-masing memberikan alasan yang tersendiri. Namun, pada saya semua pihak haruslah sentiasa meningkatkan kredibiliti masing-masing sebagai seorang majikan mahupun pekerja. Jika majikan memberikan pedoman yang baik kepada pekerja, maka sudah tentu akan dihormati oleh pekerjanya. Jika majikan hanya memandang dan selalu bertegur sapa dengan pekerja yang sama sahaja, sudah tentulah ada pekerja yang terasa hati dan terasa dipinggirkan. Pekerja pula janganlah satu kesilapan dari majikan sampai resign pun masih mengungkit-ngungkit perkara yang sama pula. Manusia tiada yang sempurna. Masing-masing ada kekurangan masing-masing. 
Jika hidup senang pun susah, hidup sudah pun susah..ini kufur nikmat namanya. Maka, sentiasa saya ingatkan diri ini supaya bersyukur dalam susah mahupun senang. Usaha dan tawakal dengan setiap apa kita lakukan. Setiap orang ada cita-cita dan impian masing-masing. Sesetengah impian itu ada yang dapat jalan senang dan ada yang dapat jalan susah seperti saya contohnya. Melihat rakan-rakan yang kaya dan berjaya sudah semestinya perasaan 'envy' itu ada. Hehehe.. Aish..syukur-syukur.. Jika dulu susah pun seorang diri tanpa teman..tapi sekarang dah berteman. Alhamdulillah, suamilah tempat mengadu dan bercerita. Suka dan duka bersama-sama. =)
Akhir kata, saya doakan semoga impian, cita-cita dan harapan yang membaca blog saya ini akan tercapai sebelum roh meninggalkan jasad. Semoga ALLAH memberkati kita semua di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini. Wassalam.
Alhamdulillah.