BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, October 19, 2011

Sama Tapi Tak Serupa..

Dengki, benci, tak puas hati, sakit hati dan akhirnya terasa hati sentiasa ada di mana-mana. Lumrah alam pekerjaan tidak kira lelaki mahupun wanita. Emosi sentiasa ada dalam setiap perkara dan urusan. Jarang sekali mungkin paling tepat saya katakan di sini tidak pernah lagi saya jumpa atau bekerja dengan majikan@bos yang bertindak tidak beremosi. Sedikit emosi pasti ada terselit di situ. Ramai yang berpendapat bos wanita lagi beremosi daripada lelaki. Huh! Salah! Semuanya sama sahaja.

Atau mungkin saya masih tidak bernasib baik untuk berjumpa dan bekerja dengan majikan@bos yang tidak beremosi malah menyenangkan lagi urusan kerja serta pentadbiran. Bagaimana untuk menjadi bos yang baik? Jadilah bos yang baik pada diri sendiri dahulu sebelum menjadi bos yang baik kepada orang lain. Membuat muka kepada pekerja, menyusahkan pekerja atau rakan sekerja hanya akan menyusahkan diri sendiri. Management menjadi tidak teratur, produktiviti kurang, perasaan hormat kepada ketua menjadi kurang dan masalah disiplin berlaku. Jika hanya seorang pekerja bawahan sahaja mungkin tidak pelik tetapi jika keseluruhan????Bukankah ketua sesebuah pentadbiran itu harus dinilai dan dilihat kembali adakah sesuai menjadi seorang ketua yang mampu mengawal anak buahnya dengan baik?

Ibarat sebuah kereta (organisasi) yang dipandu oleh seorang driver (ketua@bos@majikan)yang memegang stereng yakni mengawal tayar-tayar (pekerja bawahan). Jika dibawa dengan baik maka baiklah sesebuah kereta (organisasi) tersebut. Jika tidak kereta (organisasi) mungkin akan tergelincir dari jalan yang betul dan terbabas masuk ke dalam gaung kemudian rosak dengan teruk. Jadi salah siapa? Tentulah si pemandu yang bersalah. Tidak pandai mengawal stereng yang memegang tayar2 kenderaan tersebut.

Bukan ingin salahkan sesiapa. Hanya ingin mengingatkan diri sendiri. Menjadi seorang ketua bukannya senang. Tanggungjawab yang dipikul sangatlah berat. Nak berkira atau tidak terlalu berkira? Nak kedekut atau bermurah hati? Nak untung atau nak rugi? Tapi salahkah kalau kita memahami pekerja bawahan kita dengan baik. Mengenali hati budi mereka dengan baik. Mungkin ada sesetengahnya yang malas dan kurang ajar. Tapi cuba fikir bolehkah api itu menyala dengan sendirinya? Kenapa, mengapa dan bagaimana dia boleh menjadi kurang ajar kepada seorang ketua? Cuba fikir..

Salah faham antara ketua dan pekerja bawahan juga sentiasa berlaku. Masing2 saling tidak menyukai tapi berpura2 baik. Dalam diam masing2 menyimpan dendam. Puncanya terletak pada diri masing2. Dua2 bersalah dalam hal ini. Kalaulah dua2 pihak ini boleh melihat raut wajah masing2 semasa berkomunikasi mungkin mereka akan terkejut. Adakah ini diri aku yang sebenar? A dan B sedang bercakap. A menunjukkan raut muka dan isyarat tidak puas hati kepada B tanpa sedar. B terasa apabila melihat A seperti tidak menyukai dan memandang rendah kepadanya. Tanpa sedar B juga mempamerkan raut muka yang tidak menyenangkan sesiapa sahaja yang melihatnya. Masing2 terasa hati. Siapa yang bersalah dalam hal ini? A? B? Atau kedua2nya?

Adakah ketua yang baik sukakan masalah kerana bila ada masalah dia akan selesaikannya hingga dia tidak mampu mencari masalah lagi. Ataupun adakah ketua yang baik tidak sukakan masalah dan sentiasa menghindari masalah dan menolak segala masalah kepada pekerja bawahan untuk diselesaikan dengan sendiri? Tapi apakah yang dimaksudkan dengan ketua yang baik ini sebenarnya? Jika kebanyakan majikan@bos sering berkata.."1st impression is everything.." begitu juga dengan pekerja kepada majikan@bos mereka. Termasuklah saya sejujurnya. Namun, bos is bos..seteruk mana pun mereka kita terpaksa sabar sebab kita makan gaji. Lainlaa kita sendiri bos...

Situasi yang sama namun berbeza ..
"Bos kau lelaki".."Bos aku perempuan"..
Sama tapi tak serupa.