BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, December 27, 2011

One step at a time...

My journey is still far away. So much I want to write and share, but knowing that I'm still new and inexperienced in this field, I hold on first - waiting the right time to share my experiences. I just start one step. Other steps will follow soon. The good thing about teaching is just not to teach others but also to teach myself first before teach others.



Wednesday, December 14, 2011

Sungguh aku terasa..

Aku mungkin miskin dan hina

Tapi aku bukan papa kedana

Sampai dipanggil ‘bagi betis nak paha’

Sungguh aku terasa...


Apa boleh aku buat jika lahirku bodoh darimu?

Jika takdirku tak sebaik takdirmu?

Jika hidupku tak seindah hidupmu?

Jika gayaku tak serupa denganmu?

Sungguh aku terasa..


Akalku tak sempurna sepertimu

Hatiku tak secekal hatimu

Hingga mampu menahan petir getir

Badai kehidupan..


Salahkah aku jika aku berbeza?

Sungguh aku pandai menulis

Tapi tak pandai berkata

Hanya mampu menahan deraian air mata


Tiada dendam hanya terasa dan merasa

Kepahitan dalam manisnya hubungan

Antara kekeluargaan dambaan semua bahagia..


Terima kasih atas ikhsan semua...

Terima kasih yang tak terhingga...

Wednesday, October 19, 2011

Sama Tapi Tak Serupa..

Dengki, benci, tak puas hati, sakit hati dan akhirnya terasa hati sentiasa ada di mana-mana. Lumrah alam pekerjaan tidak kira lelaki mahupun wanita. Emosi sentiasa ada dalam setiap perkara dan urusan. Jarang sekali mungkin paling tepat saya katakan di sini tidak pernah lagi saya jumpa atau bekerja dengan majikan@bos yang bertindak tidak beremosi. Sedikit emosi pasti ada terselit di situ. Ramai yang berpendapat bos wanita lagi beremosi daripada lelaki. Huh! Salah! Semuanya sama sahaja.

Atau mungkin saya masih tidak bernasib baik untuk berjumpa dan bekerja dengan majikan@bos yang tidak beremosi malah menyenangkan lagi urusan kerja serta pentadbiran. Bagaimana untuk menjadi bos yang baik? Jadilah bos yang baik pada diri sendiri dahulu sebelum menjadi bos yang baik kepada orang lain. Membuat muka kepada pekerja, menyusahkan pekerja atau rakan sekerja hanya akan menyusahkan diri sendiri. Management menjadi tidak teratur, produktiviti kurang, perasaan hormat kepada ketua menjadi kurang dan masalah disiplin berlaku. Jika hanya seorang pekerja bawahan sahaja mungkin tidak pelik tetapi jika keseluruhan????Bukankah ketua sesebuah pentadbiran itu harus dinilai dan dilihat kembali adakah sesuai menjadi seorang ketua yang mampu mengawal anak buahnya dengan baik?

Ibarat sebuah kereta (organisasi) yang dipandu oleh seorang driver (ketua@bos@majikan)yang memegang stereng yakni mengawal tayar-tayar (pekerja bawahan). Jika dibawa dengan baik maka baiklah sesebuah kereta (organisasi) tersebut. Jika tidak kereta (organisasi) mungkin akan tergelincir dari jalan yang betul dan terbabas masuk ke dalam gaung kemudian rosak dengan teruk. Jadi salah siapa? Tentulah si pemandu yang bersalah. Tidak pandai mengawal stereng yang memegang tayar2 kenderaan tersebut.

Bukan ingin salahkan sesiapa. Hanya ingin mengingatkan diri sendiri. Menjadi seorang ketua bukannya senang. Tanggungjawab yang dipikul sangatlah berat. Nak berkira atau tidak terlalu berkira? Nak kedekut atau bermurah hati? Nak untung atau nak rugi? Tapi salahkah kalau kita memahami pekerja bawahan kita dengan baik. Mengenali hati budi mereka dengan baik. Mungkin ada sesetengahnya yang malas dan kurang ajar. Tapi cuba fikir bolehkah api itu menyala dengan sendirinya? Kenapa, mengapa dan bagaimana dia boleh menjadi kurang ajar kepada seorang ketua? Cuba fikir..

Salah faham antara ketua dan pekerja bawahan juga sentiasa berlaku. Masing2 saling tidak menyukai tapi berpura2 baik. Dalam diam masing2 menyimpan dendam. Puncanya terletak pada diri masing2. Dua2 bersalah dalam hal ini. Kalaulah dua2 pihak ini boleh melihat raut wajah masing2 semasa berkomunikasi mungkin mereka akan terkejut. Adakah ini diri aku yang sebenar? A dan B sedang bercakap. A menunjukkan raut muka dan isyarat tidak puas hati kepada B tanpa sedar. B terasa apabila melihat A seperti tidak menyukai dan memandang rendah kepadanya. Tanpa sedar B juga mempamerkan raut muka yang tidak menyenangkan sesiapa sahaja yang melihatnya. Masing2 terasa hati. Siapa yang bersalah dalam hal ini? A? B? Atau kedua2nya?

Adakah ketua yang baik sukakan masalah kerana bila ada masalah dia akan selesaikannya hingga dia tidak mampu mencari masalah lagi. Ataupun adakah ketua yang baik tidak sukakan masalah dan sentiasa menghindari masalah dan menolak segala masalah kepada pekerja bawahan untuk diselesaikan dengan sendiri? Tapi apakah yang dimaksudkan dengan ketua yang baik ini sebenarnya? Jika kebanyakan majikan@bos sering berkata.."1st impression is everything.." begitu juga dengan pekerja kepada majikan@bos mereka. Termasuklah saya sejujurnya. Namun, bos is bos..seteruk mana pun mereka kita terpaksa sabar sebab kita makan gaji. Lainlaa kita sendiri bos...

Situasi yang sama namun berbeza ..
"Bos kau lelaki".."Bos aku perempuan"..
Sama tapi tak serupa.




Monday, August 15, 2011

Sharing is Caring..

Semakin bertambah umur@tua semakin takut kita menghadapi kenyataan hidup. Takut itu sebenarnya pada apa? Kehidupan? Atau kematian? Tahu tapi buat2 tak tahu..

Masalah dan kesempitan hidup sering melanda. Nafas bagai disekat2. Kadang2 tak bernafas dirasakan. Keliru dek tekanan yang melanda. Namun, tanpa disedari ada juga insan2 terdekat yang lain turut sama mengalami tekanan atau masalah dalam kehidupan seharian. Rupa2nya bukan kita seorang yang merasainya. Aduh! Bagaimana rasanya selepas itu?Terasa diri tidak keseorangan lagi.

Moral of the story??

Sharing is caring. Kongsi masalah anda dengan insan2 terdekat atau tersayang. Jangan bebankan kepala anda seorang diri dengan masalah2 hidup. Mungkin mereka tidak dapat menolong tapi tolong mendengar sedikit sebanyak dapat melegakan bebanan yang tersimpan di lubuk hati itu. But, the most important thing is - ALLAH SWT is the one we should seek for help dan peace..

Monday, August 8, 2011

Salam Ramadhan al-Mubarak


Salam Ramadhan sekali lagi!!

Setahun dirasakan sangat sekejap. Apatah lagi jika seminggu, 1 hari, 1 jam mahupun 1 saat.

Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian..

Masa memang tidak menunggu kita. Takut dalam menghadapi masa-masa susah?Namun masa-masa susah itulah sebenarnya mendewasakan kita, mengeratkan kita dengan ahli keluarga yang sentiasa ikhlas menyayangi kita dan menerima kita seadanya. Masalah sentiasa akan hadir. Setiap kali masalah itu diselesaikan pasti masalah lain akan muncul lagi. Bukan untuk menyusahkan kita tetapi untuk memberikan kita pengetahuan dan pengajaran tentang teori serta praktikal kehidupan seharian. Takut? Bimbang? Gentar? Perasaan inilah yang sering hadir tatkala masalah itu datang mencabar diri dan kemampuan kita. Ramadhan datang lagi! Inilah salah satu peluang untuk memohon pertolongan dan petunjuk dari yang Maha Esa agar hati ini sentiasa diberikan hidayah dan diri ini diberkati walaupun kemalasan sering menduga selepas berbuka puasa dan bersahur..

Salam Ramadhan al-Mubarak.
Semoga ALLAH memberkati kita semua.
Jangan dilupa zakat fitrah kelak.
Ketika menanti Aidilfitri menjelma.

Wassalam.


Tuesday, May 17, 2011

Hebat itu Mulanya dari Susah

Ujian daripada Allah SWT buat hambaNYA boleh jadi dalam pelbagai cara. Kesusahan yang ditimpakan bukan untuk menyusahkan kita tapi sebaliknya untuk kita berfikir sedalam dalamnya hikmah di sebalik ujian itu. Kadang2 kita buta dengan ujian yang dihadapi dalam bentuk – orang lain menyusahkan hidup kita. Boleh jadi musuh dalam selimut atau duri dalam daging yang boleh menghancurkan hidup kita yang sepatutnya senang. Buta yang dimaksudkan ialah perasaan dendam yang dihadapi bila sakit hati hidup kita dimusnahkan oleh manusia yang tak berhati perut itu. Namun, kita lupa..itulah ujian daripada Allah SWT untuk melihat dan menguji kesabaran hamba2NYA.

Kebanyakan orang yang hebat2 lahir daripada kehidupan yang susah2. Lahir daripada cacian, makian dan pukulan2 yang terpaksa dihadapi dengan penuh kesabaran walaupun hati meronta2 ingin membalas kembali penghinaan yang diterima. Pembalasan yang dilontar kembali bukan perasaan dendam kesumat, tetapi keinginan untuk berjaya dan perasaan tidak putus asa yang tebal dalam jiwa kental insan2 inilah yang melahirkan kebanyakan golongan2 hebat dunia.
Kebanyakan golongan2 hebat ini tidak dapat lari daripada perasaan cemburu manusia2 di sekeliling mereka. Setiap saat ada sahaja yang ingin menghancurkan mereka tanpa mereka sedari. Depan berpura-pura baik tetapi belakang..sebaliknya. Walaupun golongan2 hebat ini ada yang berhati2 namun masih lagi terkena.

Namun buat yang terkena dan takde kena mengena ingatlah..jika kita membantu menyenangkan orang lain, insyaALLAH..Allah akan permudahkan segala urusan kita. Namun, jika sebaliknya maka sebaliknyalah Allah akan beri kepada kita. Allah Maha Adil.. Setiap kejahatan pasti ada balasannya. Hanya Allah yang berhak menghukum..bukannya kita, manusia yang lemah dan hina. Dan balasan itu boleh jadi cepat, boleh jadi lambat..dan lambat itulah yang membuatkan sesetengah manusia riak dan takabbur hingga menyangka dialah paling hebat walaupun baru sahaja dia telah menyusahkan dan memusnahkan hidup seorang manusia yang lain.

Renung2kan. Moga selamat dunia dan akhirat. May Allah bless~

Tuesday, February 22, 2011

Benci itu sebenarnya apa?

Benci itu dibenci.

Saya benci bila diri saya mula menyalahkan orang di sekeliling saya apabila apa yang berlaku dalam hidup saya ini serba tak kena. Saya benci bila diri saya tak boleh lupa apa yang orang lain buat pada saya sampai saya sakit hati sangat2. Saya tahu saya salah tapi saya tak nak jadi mangsa buli. Saya tak nak salah pilih kawan yang hanya berkawan untuk kepentingan dirinya. Saya tak minta kalau nak kawan ngan saya kena buat itu buat ini..tidak…

Tapi adakah seorang kawan sanggup tikam kawan dari belakang? Adakah seorang kawan sanggup melihat kawannya bersedih dan dia bangga buat kawannya sedih? Adakah seorang kawan sanggup memanggil kawannya bodoh? Adakah seorang kawan sanggup menghina keluarga kawannya dan tertawa berdekah-dekah? Adakah seorang kawan sanggup menghamba abdikan kawannya dengan menyuruh kawannya melakukan kerja2 untuk dirinya dengan menggunakan perkataan ‘tolong…’ walaupun dia boleh melakukannya sendiri?

Kawan? Sahabat? Teman?

Bila mati semuanya hilang. Hanya diri kita seorang. Hidup? Haruskah berteman? Kalau tak digelar anti sosial. Orang pelik dan sebagainya. Membandingkan diri kita dengan kawannya yang lain. Sungguh saya terasa sangat disakiti. Salah siapa? Maafkan saya. Bukan saya pendendam, cuma saya perlukan sedikit ruang. Seperti juga anda, saya juga ada hati dan perasaan. Mungkin saya perlukan ketenangan.

Mungkin juga andalah salah satu ketenangan yang saya cari. Mungkin juga pemanas hati.

Sebab itu saya sangat berhati-hati. Walaupun selalu pisang berbuah empat lima enam kali. Sebab saya tak rugi. Maka maafkanlah saya. Saya tak nak terluka lagi. Cubalah memahami..bukannya terus menyakiti dan menjauhi..jika anda betul2 seorang kawan, sahabat mahupun teman yang saya cari-cari selama ini.. T_T


Tuesday, January 11, 2011

Kisah yang tak berkisah



Jika aku…

Kalau aku..

Maka aku…


Ungkapan tangisan dalam persoalan

Mengukir tawa dalam kesedihan

Menanti retaknya jiwa dalam keresahan

Bayang yang makin menghilang

Memberi ruang cahaya dalam kegelapan


Jika aku..

Kisah yang tak berkisah

Kalau aku..

Hanya sebuah kisah

Maka aku..

Tak akan ambil kisah


Keperitan kisah silam

Yang dibayangi persoalan

Kenapa aku?

Mengapa aku?

Haruskah aku?


Kisah bersilamkan kegelapan

Sejarah menukar pandangan

Zarah cahaya datang berjuang

Memberi peluang dalam persoalan

Mencetuskan mutasi pada satu jawapan


Jika aku..

Hari ini berjuang

Kalau aku ...

Hari ini memberi peluang

Maka aku..

Hari ini pasti menang


**Selamat datang 2011 dan selamat tinggal 2010


by, Wan Adda

Mardi, le 11 Janvier 2011