BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, April 16, 2014

Shoulder Dystocia - Erb's Palsy Part 3

As-Salam dan hai buat yang membaca,

Entry kali ini saya berpeluang untuk meneruskan perkongsian pengalaman mengenai Erb's Palsy yang dialami oleh anak perempuan saya, Faiqah. Untuk Part 3, saya kongsikan senaman/fisio yang saya lakukan pada Faiqah. Ingat! Pencegahan awal diperlukan supaya simptom2 yang kritikal dapat dielakkan dan peluang untuk recover walaupun bukan 100% buat masa ini sangat2 diperlukan supaya kalau boleh - no need for neuro surgery. Hmmm...

Selepas dilahirkan, doktor kanak2 tempat saya bersalin declarekan Faiqah sebagai Shoulder Dystocia -leads to Erb's Palsy. Kemudian, saya dan suami diconsult oleh seorang Physiotherapist yang dijemput untuk menunjukkan cara2 membuat senaman kepada bayi kami yang berumur 2 hari! That's happened before discharged from maternity warded! Ehee.. oh!my english! kikiki..

Saya dan ibu saya tergerak hati untuk meletakkan tangan kanan Faiqah pada posisi begini (seperti dalam Gambar 1). Lagipun, tangan kirinya suka membuat pergerakan seperti posisi pada Gambar 2. Kemudian, kami diberitahu oleh seorang senior fisio yang berpengalaman, begitulah posisi yang sepatutnya untuk bayi kecil yang baru dilahirkan jika mengalami Erb's Palsy. Tetapi, saya dan suami lakukan juga senaman2 yang fisio lain tunjukkan kepada kami supaya tangannya terbiasa dengan pergerakan. Jika dia tidur, posisi dalam Gambar 1 & 2 kami lakukan. =)


Gambar 1 (sekadar gambar hiasan)


Gambar 2 (sekadar gambar hiasan)

Untuk penerangan yang lebih senang difahami, saya bahagikan keseluruhan tangan Faiqah yang terjejas akibat Erb's Palsy ini. Sila rujuk gambar di bawah (Gambar 3). 

Gambar 3 (sekadar gambar hiasan)

Keseluruhan tangan yang terjejas dengan Erb's Palsy semestinya memerlukan sokongan 100% dengan senaman, splint, urutan lembut untuk stimulate/rangsang sistem nerve yang terjejas akibat kecederaan saraf. Bagi kes Faiqah, setiap bulan saya melihat perkembangan pada tangannya walaupun sedikit sahaja. Secara perlahan - lahan, otot2 mula terhasil dengan senaman2 yg dilakukan. Kekuatan otot tangan mula terserlah pada bahagian A, B dan seterusnya C. Namun, bahagian B dan C sangat lemah sistem sarafnya berbanding bahagian A. Pergerakan tangannya banyak bergantung pada kekuatan otot bahagian A, iaitu bahu. Kesan negatif pada Erb's Palsy ini ialah - pergelangan tangan berada dalam posisi drop (di sinilah perlu memakai splint untuk support wrist), lengan tidak dapat membengkok/bent (perlu senaman yang berterusan supaya tangan terbiasa dengan posisi membengkok/bent), tangan mula mengecil berbanding tangan yang normal ( kerana tangan diangkat menggunakan kekuatan bahu bukannya lengan dan pergelangan tangan). 

Penat? Mula2 mungkin..tapi, lama2 biasalah. Itulah rutin kami setiap hari setiap saat. Alah bisa tegal biasa. Kebetulan pula saya tidak bekerja buat masa ini. In shaa ALLAH, saya cuba maksimumkan pergerakan tangan kanannya sekerap yang mungkin supaya otot2 tangannya tidak mengecut. 

Alhamdulillah, sekarang Faiqah genap 10 bulan. Walaupun hanya boleh meniarap dan tidak merangkak, dia sekarang boleh duduk dan mengengsot (betol x sebut nh? Means, bergerak dalam keadaan duduk) secara perlahan2. Kadang2, saya geram melihat tangan kirinya yg laju merebut mainan yang sengaja saya letakkan pada tangan kanannya. Lalu saya fikirkan beberapa idea supaya tangan kanannya dapat merasai pengalaman memegang bola dan lain2 toys tanpa gangguan tangan kirinya (sila rujuk gambar2 di bawah). Hehehe..





Click here for Shoulder Dystocia - Erb's Palsy Part 1 & 2 >>>>>



0 comments: