Monday, September 9, 2013
Happy Birthday To Me!!!
Ahaha..sibuk post entry2 lama lupa plak hari ni birthday i laa.. Alhamdulillah..hari lahir tahun ini amat bermakna buat saya dan suami sebab dapat seorang puteri. Bagi saya kehadiran anak sulung kami dalam keluarga kecil ini merupakan anugerah dan hadiah yang tak ternilai dari Allah SWT buat saya. =)
Dapat jugak hadiah daripada suami tercinta..kui3..
Happy Birthday To Me!!!!! ^^
Posted by Pn. Wan Adda at 10:22 PM 0 comments
Dilema Aurat Wanita Ketika Bersalin
Haa! Satu lagi hal yang nak difikirkan semasa sedang membuat keputusan untuk beranak di hospital mana? Sama ada di hospital private or government? Ehem..bagi saya jika cukup uwang dalam poket bolehlaa beranak di private hospital supaya kita bakal ibu boleh booking beranak ngan doc perempuan. Itulah semolek2nyee. Tapi jika ade hal2 kecemasan dan sebagainya menyebabkan kita bakal2 ibu terpaksa beranak di hospital kerajaan..tawakal ajeelah. Nak buat macam mana kan?
Saya? Hurmm..setakat nih baru ade skali pengalaman beranak. Alhamdulillah ngan doc perempuan di hospital swasta. Setiap pemilihan hospital untuk beranak memang ada pro and cont. Tapi itulah..doa dan tawakal aja yang mampu kita lakukan. Huhuhu..
Masih lagi dilema dalam pemilihan hospital dan doc? Bolehlah singah ke kedai buku untuk mencari jawapan. Seperti saya. Buku ini yang saya jumpa. Jika dilema masih ada? Solat istikharah, mohon petunjuk dari ALLAH SWT. Moga dengan jawapan ini..hati bakal2 ibu muslimah sekalian akan tenang. =)
Wassalam.
Posted by Pn. Wan Adda at 10:12 PM 0 comments
CHECKLIST BARANG KEPERLUAN BERSALIN IBU DAN BAYI DI HOSPITAL
Untuk Ibu
1. kad lawatan hospital / kad merah
2. kad pengenalan
3. telefon bimbit
4. baju / blouses (5 helai)
5. stokin (2 pasang)
6. kain batik (3 helai)
7. baju / seluar dalam (5 pasang)
8. skaf kepala / ki / tudung (2 helai)
9. peralatan mandi (pencuci muka, berus gigi, ubat gigi)
10. majalah / buku
11. tuala mandi
12. maternity pad / pad biasa 1 pek
13. tuala muka (1 helai)
14. selipar
15. kamera
16. air / minyak selusuh
17. minyak angin
18. air zam zam
19. makanan / minuman (air masak / susu / milo / horlicks,
buah kurma, biskut, roti)
20. termos
air panas
21. bag
plastik
22. baju sejuk (sweater)
23. sikat
24. breast pad
25. nursing bra
Untuk Bayi
1. baby diapers (6 keping)
2. baju (3 pasang)
3. minyak telon
4. baby wipes / wet tissue
5. tuala mandi
6. stokin / sarung tangan bayi (4 pasang) 7. peralatan mandi
8. selimut / bedung
9. barut
10. topi
Posted by Pn. Wan Adda at 9:37 PM 0 comments
Post Natal Preparation.
Haa!Buat bakal2 ibu sekalian. Meh nak share list shopping barang2 bakal ibu dan bakal baby ye.
|
BARANG BABY
|
||
|
|
|
|
|
Tilam
|
|
Lampin
pakai buang
|
|
Bantal
kepala
|
|
Tisu basah
|
|
Bantal
peluk
|
|
Alas/pelapik
utk tukar lampin
|
|
Cadar
|
|
Beg
lampin/keluar rumah
|
|
Selimut
|
|
|
|
|
|
|
|
Pam breast
(manual)
|
|
Baju
lengan panjang
|
|
Bekas
simpan susu ibu
|
|
Baju
lengan pendek
|
|
Beg
pendingin
|
|
Seluar
panjang
|
|
Nursing
cover
|
|
Seluar
pendek
|
|
|
|
Barut
|
|
Botol susu
bebas BPA
|
|
Sarung
kaki
|
|
Puting
botol susu
|
|
Sarung
tangan
|
|
Berus
botol susu
|
|
Kain
bedung
|
|
Bekas utk simpan susu formula
|
|
Topi
|
|
Bekas
simpan air panas
|
|
|
|
Bekas
simpan air kosong
|
|
Pencuci
baju bayi
|
|
Alat
steril botol susu
|
|
|
|
|
|
|
|
Besen
mandi bayi
|
|
|
|
Tuala
mandi
|
|
|
|
Tuala muka
|
|
|
|
Cecair
mandian
|
|
|
|
Syampoo
|
|
|
|
|
|
|
|
Losyen baby
|
|
|
|
Minyak
baby
|
|
|
|
Bedak baby
|
|
|
|
Sikat/berus
rambut baby
|
|
|
|
Minyak
telon
|
|
|
|
Alat
potong kuku
|
|
|
|
Kapas
muka/putik kapas
|
|
|
|
Krim ruam
lampin
|
|
|
|
Termometer
digital
|
|
|
Anda boleh tambah apa2 sahaja barang baby yang dirasakan perlu. Jika cukup pitis di poket boleh aja shopping sakan. Hehehe..
Selamat bershopping
bakal2 ibu sekalian ye. Anda boleh juga shopping
sket2 every month after salary.
Baru tak terase sangat keringnye poket jika shopping
sekaligus. Hohoho..
Wassalam.
Posted by Pn. Wan Adda at 9:31 PM 0 comments
Saturday, July 28, 2012
Syukur dalam Susah dan Senang..
Kadangkala sesetengah manusia beranggapan mereka sudah berbuat baik kepada semua orang yang ditemui. Bersedekah, memberi rezeki, memberi motivasi tapi tanpa disedari ada hati-hati yang terluka dek kerana sikap dan kata yang tidak enak dibisik atau dilakukan secara halus. Dan hati-hati terluka itu mendiamkan diri menyimpan lara. Kemudian hanya disedari pabila hati-hati terluka itu sudah tiada lagi atau jauh suda pergi.. Hmm..fikir2kanlah.. Moga kita tidak termasuk dalam golongan2 ini.. Maafkan saya jika ada hati-hati yang terluka.. Maaf.. Mungkin saya juga termasuk dalam kategori hati-hati yang terluka dan saya sudah pun memaafkan mereka-mereka walaupun memori itu masih terpahat di minda.. ehem
Tahun kedua berkerja dengan pendapatan yang boleh dikatakan agak rendah mungkin sedikit tersiksa, namun inilah pengalaman yang saya inginkan. Keinginan saya untuk mengetahui kehidupan sukar dengan pendapatan yang rendah ini memberi peluang kepada saya mengenali rakan-rakan sekerja yang hidup mereka jauh lebih sukar dan susah berbanding diri saya ini. Oh, syukur atas nikmat yang ALLAH swt kurniakan kepada saya, suami dan keluarga kami! Syukur Alhamdulillah!
Berkerja dengan majikan yang menjaga kebajikan pekerja walaupun gaji yang sedikit/sederhana dengan suasana kerja/rakan sekerja memberikan kerjasama yang baik sebenarnya mampu membuatkan pekerja-pekerja seperti kami kekal lama melaksanakan tanggungjawab mengajar anak-anak kecil yang pelbagai ragam. Melayan kerenah anak-anak kecil yang sesetengahnya jauh lebih aktif berbanding berada di rumah mereka sendiri. Namun, inilah yang membuatkan hati kami terubat dan terhibur tatkala kepenatan mula menjengah masuk ke dalam badan. Di akhir waktu kerja kami, topik mengenai anak-anak kecil yang kami didik akan menjadi perbualan dan perkongsian sesama rakan sekerja. =)
Walaubagaimanapun, pengurusan/management yang sangat menyakitkan hati mampu membuatkan pekerja tidak kekal lama dan sering bertukar-tukar pekerja. Pada pandangan saya, menguruskan sesebuah organisasi pendidikan anak-anak kecil ini tidaklah sukar. Namun, apabila melibatkan human resource yakni hal-hal pengambilan pekerja, itulah yang menjadikan tugas mengekalkan quality in education itu sukar. Maksud saya di sini ialah mencari pekerja itu senang tapi untuk mencari pekerja yang sesuai itu sukar. Jika terlalu kerap pekerja bertukar-tukar maka ini akan menjejaskan kualiti sesebuah organisasi tersebut tidak kiralah besar atau kecil.
Majikan atau pekerja, masing-masing memberikan alasan yang tersendiri. Namun, pada saya semua pihak haruslah sentiasa meningkatkan kredibiliti masing-masing sebagai seorang majikan mahupun pekerja. Jika majikan memberikan pedoman yang baik kepada pekerja, maka sudah tentu akan dihormati oleh pekerjanya. Jika majikan hanya memandang dan selalu bertegur sapa dengan pekerja yang sama sahaja, sudah tentulah ada pekerja yang terasa hati dan terasa dipinggirkan. Pekerja pula janganlah satu kesilapan dari majikan sampai resign pun masih mengungkit-ngungkit perkara yang sama pula. Manusia tiada yang sempurna. Masing-masing ada kekurangan masing-masing.
Jika hidup senang pun susah, hidup sudah pun susah..ini kufur nikmat namanya. Maka, sentiasa saya ingatkan diri ini supaya bersyukur dalam susah mahupun senang. Usaha dan tawakal dengan setiap apa kita lakukan. Setiap orang ada cita-cita dan impian masing-masing. Sesetengah impian itu ada yang dapat jalan senang dan ada yang dapat jalan susah seperti saya contohnya. Melihat rakan-rakan yang kaya dan berjaya sudah semestinya perasaan 'envy' itu ada. Hehehe.. Aish..syukur-syukur.. Jika dulu susah pun seorang diri tanpa teman..tapi sekarang dah berteman. Alhamdulillah, suamilah tempat mengadu dan bercerita. Suka dan duka bersama-sama. =)
Akhir kata, saya doakan semoga impian, cita-cita dan harapan yang membaca blog saya ini akan tercapai sebelum roh meninggalkan jasad. Semoga ALLAH memberkati kita semua di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini. Wassalam.
Alhamdulillah.
Posted by Pn. Wan Adda at 9:54 AM 0 comments
Sunday, April 22, 2012
Sunday, January 15, 2012
Gratitude...
Sometimes we just don’t realize how fortunate we are. We get what we want without realizing that other people didn’t get what they want and surprisingly, what they want just the same things we want. For example - travel to the other countries; get a good job and a nice car? Wow! Be grateful everyone!

Posted by Pn. Wan Adda at 7:29 PM 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)





