BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, May 31, 2009

Kekeliruan Remaja?

Masalah tekanan atau stress sering dialami oleh golongan muda mahupun tua. Stress yang paling teruk pernah dialami oleh saya ialah ketika di sekolah menengah. Mungkin tidak ramai ibu bapa yang tahu bahawa anak-anak terutama remaja sangat mudah terjurus kepada masalah juvana terutama remaja lelaki. Mujurlah se ‘stress-stress’ saya pun saya masih lagi dapat berfikir dengan waras. Alhamdulillah dengan didikan ayahanda yang sangat tegas dan didikan agama dari bonda tercinta menjadikan diri saya sekarang. Sejujurnya pada awal remaja (sekolah rendah), saya tersangatlah nakal sehingga tengkingan dan jeritan maut, libasan rotan sudah menjadi perkara biasa di awal darjah 1( ingat lagi ayahanda berkata..umur 6 tahun dah boleh kena rotan). Saya pernah terjun tingkap bilik untuk cuba lari dari rumah (pergi umah atuk depan rumah saja). Mungkin itulah yang dialami oleh remaja-remaja masa kini terutama yang tinggal di bandar dan tidak pernah mengalami kesusahan dan keperitan hidup. Bila ada masalah sedikit terus pergi ke tempat-tempat hiburan. Mencuba perkara-perkara baru. Kalau perkara baru yang positif tidak mengapa, ini tidak. Hasilnya, kita boleh lihat remaja-remaja sekarang sering dilihat merokok, berseronok di pusat-pusat hiburan (clubbing), minum (alcoholic drinks), terlibat dengan drugs dan banyak lagi. Ibu bapa sememangnya harus berwaspada dengan anak-anak yang berada di institusi pengajian tinggi. Lagi jauh mereka dari ibu bapa lagi seronoklah mereka. Pulang ke rumah depan ibu bapa, pijak semut pun tak mati.



Jiwa remaja sememangnya sentiasa penuh dengan duka dan lara. Makin ditekan, makin ditolak. Makin dirapati, makin dijauhi. Makin disayangi, makin dibenci. Pada siapa harus kita menuding jari? Kebanyakan ibu bapa kadang-kadang tak mengerti. Pada mereka, anak-anak tak kan faham masalah mereka. Kadang-kadang mereka ingat mereka faham dengan masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka tapi sebenarnya langsung tidak. Siapa yang menderita? Anak-anak juga. Ada ibu bapa yang tak mengerti. Salahkan guru di sekolah. Tidak pandai mengajar anak-anak mereka. Haruslah ingat di mana mereka sebelum mereka ke sekolah kalau bukan di rumah? Anak-anak juga kenalah ingat dan sentiasa ingat. Kadang-kadang ayah dan ibu bukan sengaja untuk melupakan kita. Hanya sibuk untuk mencari rezeki. Buat siapa lagi kalau bukan untuk kita. Cubalah kita hargai dan fahami apa maksud mencari rezeki kerana kita juga bakal menjadi dewasa dan memasuki alam pekerjaan seterusnya berkeluarga dan menjadi ibu bapa. Apa yang kita lakukan pada hari ini akan dilakukan oleh anak-anak kita kelak. Dunia ini sememangnya ibarat roda yang berpusing. Siapa yang berada di atas akan berada di bawah dan yang di bawah akan berada di atas.



Pergolakan jiwa, kekeliruan dalam kehidupan dan tekanan perasaan merupakan perkara biasa yang akan dirasai oleh golongan remaja. Cara penyelesaiannya terserah pada diri sendiri. Jika ada yang bernasib baik, adalah insan-insan yang baik hati turut sama menolong. Yang tidak bernasib baik pula terjerumus dengan perkara-perkara negatif yang boleh membawa kepada kehancuran masa depan dan keselesaan yang hanya sementara. Cubalah yakin pada diri sendiri bukannya hanya mendengar suara hati yang kadang-kadang tidak membawa erti. Mungkin ada yang pernah berkata, waktu muda waktu untuk enjoy, bila dah tua nanti barulah buat ibadah. Ceteknya pemikiran insan yang pernah melafazkan kata-kata ini. Jika engkau cuba untuk membunuh diri sekalipun dan ALLAH mengatakan bahawa ajalmu belum tiba lagi maka nyawa itu masih lagi di badanmu. Namun jika engkau sukakan kehidupan dan tidak mahu mati maka itu juga tidak boleh ditentukan oleh dirimu kerana nyawa itu milik ALLAH. Boleh jadi hari ini, saat ini kita didatangi ajal walaupun diri masih lagi tidak bersedia. Oleh itu, buatlah ibadah seolah-olah esok sudah tiada dan bekerjalah bersungguh-sungguh seolah-olah kita hidup untuk selama-lamanya Tidakkah engkau mengerti bahawa maut itu boleh jadi datangnya bila-bila masa sahaja.




Islam bukan sahaja terletak pada IC tetapi hati dan nurani. Cubalah mendekati dan melaksanakan ibadah yang wajib dibuat setiap hari. Buat keluarga dan sahabat handai, kalian juga cubalah mengerti. Bukan hanya tahu memarahi dan menyakiti. Setiap yang bernyawa mempunyai hati dan perasaan. Apa salahnya kita saling memaafkan. Siapalah kita untuk mengadili sebuah kehidupan kerana itu hak peribadi dan ALLAH sahaja yang berhak mengadilinya. Menasihati dan mengingati boleh, memaksa jangan sekali. Remaja yang bijak adalah remaja yang memilih ALLAH sebagai cara penyelesaiannya. Pabila datang marahnya, dia akan mengambil wuduk dan melakukan solat sunat. Solat lima waktunya dijaga dengan baik supaya dirinya diajar untuk menepati waktu dan lebih berdisiplin. Bacaan al-Quran dijadikan amalan seharian untuk peringatan dan panduan dalam kehidupan sehari-harian. Ibadah sunat dilakukan buat mengisi kekosongan supaya diri tahan dengan dugaan dan cabaran yang kadang-kadang tak jemu-jemu bertandang.



Susahnya hendak melakukan kebaikan dan senangnya melakukan kejahatan. Susah-susah dahulu senang-senang kemudian. Hidup ini hanya sekali. Selepas hidup pasti datangnya mati. Percayalah adanya neraka dan syurga. Dunia hanyalah transit sementara. Saya bukanlah orang yang bijak pandai atau cuba untuk memandai-mandai. Belajar itu sudah menjadi keutamaan dalam hidup saya. Jika ada yang salah maka tegur-tegurlah. Inilah saya seadanya. Seorang insan yang bergelar manusia. Kadang-kadang sentiasa lalai dan lupa. Terima kasih untuk segalanya dan mohon maaf andai ada yang terkasar bahasa. Salam.



Sunday, May 24, 2009

Main Hati

Sakitnya hati bila dilukai oleh insan yang kita sayangi. Bahkan kalau digigit oleh kucing kesayangan pun ada yang menangis. Menangis bukan kerana kesakitan tetapi terkilan dengan sikap kucing kesayangan itu. Walaupun kita tahu hakikatnya kucing yang disayangi itu merupakan seekor binatang dan bukannya manusia serta kemungkinan untuk menggigit adalah tinggi. Seperti manusia juga, mungkin ada yang ditinggalkan teman lelaki yang memberi alasan kita terlalu baik untuknya. Terimalah seadanya bahawa – bahawa lelaki itu jahat! Jangan cuba untuk mengubah fakta dengan mengatakan kita yang bersalah dan terlalu banyak kelemahan sehingga si dia meninggalkan kita! Menangislah sepuas hati bukan untuk lelaki jahat itu tetapi kebodohan kita dalam mempercayai dan menyayangi insan jahat itu! Apa tidaknya? Kenapa memberi alasan kita terlalu baik buatnya? Mengapa tidak berterus terang? Setidak-tidaknya jujurlah pada diri sendiri dan orang yang pernah menyayangi anda wahai lelaki-lelaki yang tidak pandai bersyukur!


Lelaki memang pandai berkata-kata. Manis pula berbicara. Terimalah seadanya. Tidak percaya ? Tanyalah diri sendiri yang pernah bercinta dan ditinggalkan. Apa janji-janji manis yang pernah dileburkan dalam volcano cinta anda berdua suatu ketika dahulu ? Apa hasilnya ? Hanya asap-asap dan debu-debu beracun yang mampu membunuh seorang insan bergelar manusia apatah lagi hati seorang wanita. Mengakulah wahai lelaki-lelaki yang pernah bercinta dan lari dengan alasan-alasan yang tak munasabah, bak kata pepatah – habis madu sepah dibuang ! Itulah lelaki, yang manis mahu, yang masam, pahit, masin, pedas tak mahu. Katanya wanita banyak songeh, terlalu memilih atau jual mahal. Padahal menatang dulang, paku serpih, mengata orang dia yang lebih!


Tak usahlah membela diri dengan berkata “Dia tu memang playgirl, suka mainkan hati lelaki. Padanlah dengan muka dia..”. Maka apa kata wanita pula? Membalas dendam kerana hatinya pernah dipermainkan oleh seorang lelaki. Dia mencintai sepenuh hati namun si dia mencintai tak sampai sekerat hati. Apa yang nak dikatakan lagi ? Satu jari menuding, empat jari lagi kembali menuding kepada diri kita sendiri. Ini bukan kisah peribadi diri sendiri. Sekadar pemerhati dan pendengar yang baik hati. Tak mahu simpan untuk diri sendiri. Untuk dijadikan panduan buat wanita-wanita mahupun laki-laki. Jangan suka-suka nak main hati. Nanti ada pula yang sakit hati sampai sanggup nak bunuh diri (nauzubillah..minta jauhlaa kan). Cinta itu sesuatu yang suci. Mulakannya dengan niat yang murni. Suburkannya dengan budi pekerti dan saling memahami. Buat yang tiada lagi janganlah dirisaui. Sampai masanya anda akan jumpa juga dengan si dia yang anda dan dia saling sukai sepenuh hati. Ingatlah satu perkara sebelum saya mengundurkan diri. Janganlah terlalu membenci kerana boleh jadi dialah yang akan kita cintai. Jangan pula terlalu mencintai kerana boleh jadi dialah yang akan kita benci. Salam.





Sunday, May 10, 2009

Pulau Tiga

Salam ukhwah buat sahabat-sahabat serta pembaca yang dikasihi. Kesibukan dalam menghadapi final exam dan penyiapan disertasi menyebabkan blog saya ini sedikit terabai. Hari ini saya terbuka hati untuk menulis mengenai percutian saya bersama sahabat-sahabat saya di Pulau Tiga selama 2 hari 1 malam. Walaupun singkat sahaja percutian kami namun kenangan manis dan pahit akan saya ingati sampai bila-bila.

Apa yang membuatkan saya tertarik hati dengan Pulau Tiga ini adalah keindahan semula jadi yang amatlah memukau mata sesiapa sahaja yang menjadi pengunjung Pulau Tiga ini. Saya berpeluang melihat batu karang serta ikan-ikan kecil yang berwarna warni. Mandi lumpur di mud volcano merupakan salah satu daripada keunikan di Pulau Tiga ini. Walaupun seronok bermain air dan menyelam menggunakan life jacket namun apa yang menghampakan saya ialah pulang tanpa kemahiran berenang. Saya hanya dapat terapung..hehehehe. Minum air garam free usahlah dikira berapa kali..hehehe. Di sini saya paparkan beberapa keping gambar pemandangan dan kawasan di sekitar Pulau Tiga sambil cuba untuk menjadi nature photographer ;p . Mungkin dengan melihat gambar-gambar ini anda akan tertarik untuk melawat Pulau Tiga yang hanya memerlukan masa lebih kurang 1 jam dari jeti Kuala Penyu.


















Saturday, April 11, 2009

hari ini..



Kesibukan setiap hari kadang-kadang membuat saya terasa hidup ini bagaikan satu bebanan. Setiap pagi bangun dengan rutin harian yang biasa. Kadang-kadang terasa jemu. Di saat saya menulis untuk ruangan blog saya pada hari ini, saya terfikir sibukkah saya sebenarnya? Atau saya hanya berpura-pura sibuk untuk lari daripada menghadapi kenyataan? Kenyataannya sangat jelas di depan mata. Hanya saya yang enggan mengakui. Berpura-pura tidak dengar tapi sebenarnya dengar. Berpura-pura tidak memandang tapi sebenarnya memerhati. Berpura-pura diam tapi hati berbicara tanpa henti. Sememangnya hidup saya penuh dengan kepura-puraan. Jangan terlalu percayakan saya nanti anda yang akan terpedaya seperti diri saya memperdaya diri saya (aduh..pening aku..).

Saya sebenarnya dalam dilema. Tidak puas hati tapi memendam dalam hati. Argh!!!! Sakit hati! Aku rasa apa yang aku buat semua tak berbaloi. Seperti mencurah air ke atas daun keladi. Sia-sia.
Terasa diri ini sangat bodoh!

**Selepas lima minit(berjaya menenangkan fikiran yang tadi tengah bercelaru)...

Saya yang bersalah. Usaha yang dilakukan masih lagi tak mencukupi.Kejayaan tak datang bergolek. Dugaan dari ALLAH untuk hamba-Nya supaya diri ini sentiasa mengingati-Nya.Masih ada waktu walaupun masa yang ada untuk saya sangat limited. Doakan saya. Untuk saya menemui kejayaan dan impian yang saya dambakan setiap hari dan setiap saat. Terima kasih buat semua.



Monday, March 23, 2009

THE MEANING OF SUCCESS



To earn the respect of intelligent people and to win the affection of children;
To appreciate the beauty in nature and all that surrounds us;
To seek out and nurture the best in others;
To give the gift of yourself to others without the slightest thought of return,for it is in giving that we receive;
To have accomplished a task,whether it be saving a lost soul,healing a sick child,writing a book or risking your life for a friend;
To have celebrated and laughed with great joy and enthusiasm and sung with exaltation;
To have hope even in times of despair,for as long as you have hope,
you have life;
To love and be loved;
To be understood and understand;
To know that even one life has breathed easier because you have lived;
This is the meaning of success...

Ralph Waldo Everson...
and modified by Ray Serway..
December 1989
and copied by one.adDa..
Samedi,le 28 mai 2005.

Thursday, March 12, 2009

Keengganan Dalam Mengakui Kebodohan



Bila perkataan 'bodoh' itu ditujukan kepada kalian sudah tentu ada di kalangan kita-kita yang marah,bengang,nangis sorang-sorang dalam bilik air ataupun tanpa apa-apa halangan terus lempang sumber yang memperkatakan perkataan 'bodoh' itu. Namun, ada apa dengan 'bodoh' sebenarnya? Sadis sangatkah bila perkataan 'bodoh' itu diperkatakan pada diri kita sendiri. Atau sememangnya kita terlalu bodoh untuk mengetahui maksud bodoh yang diperkatakan itu.

Percaya atau tidak, kisah hidup saya bermula dari saat saya dianggap 'bodoh'. Ingat-ingat lupa rasanya kisah ini berlaku ketika saya Darjah 6 (time result trial UPSR diumumkan oleh cikgu kelas).Mungkin sikap saya yang sedikit pendiam dan suka buat dek menyebabkan saya tidak berminat pabila rakan-rakan berbincang tentang result yang kami perolehi. Saya? Bila ada kawan yang tanya saya jawab. Lain-lain saya lebih prefer berdiam diri sambil memerhati. Kebanyakan rakan sekelas terkejut apabila nama last yang disebut oleh Cikgu Nur(bukan nama sebenar) untuk list SBP berdasarkan result trial UPSR adalah saya.(huhuhu..sedehnye aku..aku bijak per..). Semua mata memandang ke arah saya dengan muka yang agak arr terkejut. Ekspresi muka mereka sebenarnya tidak mengganggu saya sangat(ye ke?) cuma pabila ada satu suara yang berkata -"Panda jugok mu deh,aku ingat kan bodo(pandai jugak ko nih ek, aku ingatkan ko nih bodoh), saya tidak dapat menahan sebak hanya mampu berkata.."haaa??haaa..", seraya bangun menuju ke tandas perempuan dan menangis kegeraman. Kegembiraan? takde maknenye.Tapi terima kasih kepada 'bodoh' itu, kerajinan saya berjaya dilipat gandakan dan kesungguhan dalam menghadapi UPSR itu masih saya ingat cuma untuk mengulanginya buat kali ke-2 mungkin mustahil namun mungkin juga tak mustahil.

Belajar untuk menerima kebodohan dalam diri sebenarnya satu permulaan yang baik bagi seseorang yang mempunyai ciri-ciri kebijaksanaan. Ilmu yang kita perolehi masih lagi tidak mencukupi untuk kita selayaknya menerima gelaran "Bijak@ Genius"(kalau saje-saje berangan jadi genius tu lain kiralaa).Kejayaan tak datang bergolek. Kita yang harus mulakan dulu. Tuhan tak akan mengubah nasib kita jika kita tak berusaha ke arah yang lebih baik. Namun, perasaan malas sentiasa datang dan pergi dan kadang-kadang datang tak mahu-mahu pergi. Saat itulah bodoh kali ke-2 ditujukan kepada saya ketika Form 4. Sebabnya? Fail subjek addmath(huhuhu..aku akan sentiasa mengingati orang itu dalam hatiku..siapa?adelaa..hahahaha). But thanks to dot.dot.dot. i have survived my SPM 04 by the last name(dah nama aku stat ngan 'W'..memanglaa) announced in the list of anugerah pelajar cemerlang (majlis grad & naik stage). Alhamdulillah...

Ayahanda juga ada berpesan dengan memberikan ku sebaris peribahasa-"Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran" pabila dia mengetahui saya suka stay up late at night to study(padahal men internet..ape nak jadi?). Sesungguhnya janganlah masukkan istilah stay up dalam kamus hidup anda. Guna bila betul-betul perlu sahaja. Namun janganlah dijadikan amalan dalam kehidupan seharian.

Jangan malu untuk mengakui kebodohan. Kerana dengan mengakui kelemahan yang kita ada sebenarnya membantu kita dalam mencari erti pencarian ilmu dalam kehidupan yang tak tahu hujungnya ini. Jika kita tahu kita bodoh, usahalah untuk menambahkan ilmu yang sedia ada. Namun, jika anda rasa anda sudah bijak..itu terpulang pada anda. Tepuk pipi tanya hati dan tanya diri. Bijakkah aku? atau..bodohkah aku?
True words left the heart hurt...

Saturday, February 21, 2009

Ada apa dengan malas?

Salam ukhwah buat semua. Tiada apa yang dapat saya ungkapkan pada hari ini, hanya satu-"Marilah kita sama-sama melawan sikap malas dalam diri!".Melawan perasaan malas adalah sesuatu perkara yang paling besar dalam hidup ini. Jika kemalasan itu menguasai diri, nescaya tiadalah kejayaan yang akan dikecapi oleh kita pada hari ini mahupun hari-hari yang mendatang. Proses melawan perasaan malas itu akan menghasilkan kesan sampingan yang disebut sebagai pergolakan jiwa. Ini terjadi kerana diri kita tidak mahu atau tidak selesa dengan kehadiran perasaan malas itu. Namun, bagi sesiapa yang merasakan keselesaan malas itu akan sentiasa merasakan kelapangan dan akhirnya tertipu dengan perasaannya sendiri.

Berbalik kepada kes pergolakan jiwa yang terhasil dari sifat atau sikap malas tadi. Pergolakan jiwa atau tekanan ini mesti ditangani dengan baik dan penuh hikmah. Sebagai seorang Muslim atau Muslimah, anggaplah perkara ini sebagai dugaan dari ALLAH s.w.t dalam menguji kesabaran kita dalam melakukan ibadah. Adakalanya perasaan malas ini membuatkan kita rasa mengantuk walaupun kita baru sahaja bangun dari tidur yang mencukupi. Selain itu, perasaan malas ini juga mampu membuatkan minda kita tidak fokus dalam sesuatu perkara seperti terlupa atau tidak tahu apa yang hendak dilakukan pada hari itu. Selain itu, sikap negatif yang lain akan muncul satu persatu seperti perasaan tidak puas hati, perasaan ingin marah, tidak senang melihat kesenangan orang lain dan sebagainya.

Maka, apa yang patut kita lakukan untuk mengelakkan sikap malas ini dari menguasai diri kita sepenuhnya? Apa kata kita cuba sedaya upaya untuk mendisiplinkan diri kita. Adaptasikan dalam diri kita setiap pagi dengan bangun awal setiap pagi (bagi sahabat muslim & muslimah-bangun qiam @ solat subuh). Percaya atau tidak terserah pada kalian tapi tentu ada sesetengah dari anda pernah mendengar -"bangun pagi murah rezeki"..Itulah ayat yang sentiasa bonda ingatkan setiap kali balik bercuti (hehehehhe..)

Hari ini saya sedikit kesibukan kerana terpaksa berada di lab menyiapkan sound recording dan sedikit analisis. Alhamdulillah, hari ini terbuka sedikit ruang kerajinan untuk membuat lab (biasanya hari minggu bersantai di rumah..hehehe). Sound recording buat kali ke-3 selesai dilaksanakan. Maka, terpaksalah saya mengundurkan diri dari ruangan blog saya yang tak seberapa ini buat hari ini. Sedikit analisis untuk sound recording harus saya utamakan. Nyalakan api kerajinan dalam diri untuk menerangi ruangan kemalasan dalam diri. Salam.