BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, November 1, 2018

Terakhir Kali

BAHAGIAN 1:
Memandang ke arah hujan yang turun seperti menjenguk kembali kenangan yang lepas. 11 bulan yang lepas.
Kedua-dua belah kaki aku lap perlahan-lahan dengan tisu basah hingga ke celah2 jari kaki. Sejuk. Iya, tersangat sejuk saat aku menyentuh kedua-dua kakinya tadi. Aku bertanya kepadanya jika dia hendak mandi. Dijawab dengan gelengan kepala. Sejuk katanya. Semalam pun tak mandi. Hari ini pun tak mandi. Dia meminta dilapkan kaki dengan air panas. Aku pelik dengan permintaannya. Aku ambil air suam dan lap kakinya dengan tuala. Dia sekali lagi mengeleng. Mahu kakinya dituam dengan air panas. Bukan air suam.
Akur dengan permintaannya yang pelik segera aku ke dapur dan kembali dengan air panas. Tanganku laju2 meletakkan tuala yang direndam dengan air panas ke kakinya. 1 saat cukup, tuala menjadi sejuk. Iya sejuk! Bukan suam. Sejuk terus seperti terkena hawa peti sejuk. Hati aku mula tidak tenteram. Fikiranku mula berfikir bukan-bukan. Mahu sahaja aku WhatsApp semua kakak-kakak,abang dan adik untuk segera pulang. Ibu dan suami pergi ke pasar untuk membeli barang dapur.
Dua, tiga kali aku berulang alik ke dapur untuk menukar air panas dan dituam ke kakinya. Tiba-tiba anak kecilku merengek. Bosan barangkali ditinggalkan seorang di depan tv. Nasib baik kakaknya mengikut suami ke pasar juga.
Namun aku masih meneruskan kerjaku. Risau jika kakinya masih kesejukan. Dia segera menyuruhku berhenti dan pergi pada anak kecilku. Mahu susu barangkali.
BAHAGIAN 2:
Ibu meluru pantas ke dalam bilik. Aku terkejut dan terus bergegas mengikutinya dari belakang. Bimbang kerana dari air mukanya seperti Ibu hendak menangis. Iya, benar sangkaanku. Ibu menangis diam-diam tidak mahu Ayah mendengarinya. Tidak mahu apa-apa membimbangi dan merungsingkan Ayah. Aku hanya diam mendengar luahan hati Ibu. Segalanya terluah. Namun, hatiku yakin bukan sepenuhnya yang terluah. Perbualan kami terhenti bila Ayah memanggil Ibu. Aku segera mendapatkan suami untuk memberitahunya mungkin aku perlu berada di kampung buat sementara waktu sehingga keadaan Ayah stabil. Perancangannya kami pulang hari itu juga ke Terengganu. Kerana esok, hari bekerja suami. Suamiku bersetuju dan memberi keizinan. Memahami situasi yang berlaku. Dia juga bimbang melihat keadaan kedua-dua kaki Ayah yang bengkak. Ibu juga perlukan bantuan semestinya. Sekurang-kurangnya tempat untuk mengadu dan meluahkan perasaan yang terpendam.
Petang Jumaat yang dingin. Hujan rintik-rintik di luar. Aku memandang Ayah yang sedang solat Asar di sudut ruang katil kecilnya. Melihatnya dari belakang aku menyedari penyusutan berat badan yang ketara padanya. Bacaan Fatihahnya sekali sekala terhenti dengan tangisan dan esakan kecil. Air mataku yang tadi bergenang mengalir laju.
Sekali lagi Ayah mengaduh kesakitan apabila beralih dari kerusi roda ke bucu katil. Katanya, sakit mencucuk-cucuk. Aku dan Ibu saling berpandangan. Tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Ubat klinik pagi tadi sudah ditelan namun sakitnya masih tidak hilang. Ibu mencadangkan Ayah dibawa ke hospital. Ayah menggeleng tidak mahu. Aku cuba memujuknya bila Ibu tidak berjaya. Ayah menggelengkan kepala. Tidak mahu menyusahkan anak2 katanya. Berapa kali ayat itu diulang-ulangnya apabila Ibu menyuarakan hasratnya untuk menelefon Abang.
BAHAGIAN 3:
Aku seperti mendengar Ayahku menyuruh kami menelefon Abang untuk pulang. Aku bertanya kembali kepadanya.
"Nak Abang balik ke?" Ayah hanya mengangguk sambil berbaring membelakangi diriku.

Aku menelefon Abang dan memberikan telefon tersebut untuk Ibu meneruskan bicara. Ayah masih tidak mahu ke hospital. Entah apa yang bermain di fikirannya. Abang memberikan kata putus akan membawa Ayah ke hospital apabila pulang keesokan harinya.
Petang Jumaat semakin menghilang. Hujan masih rintik-rintik di luar. Si kecil masih aku riba. Kakaknya bermain2 dengan suamiku disebelah. Perbualanku dengan suami terhenti tatkala melihat Ayah perlahan-lahan bangun dari perbaringan dan menurunkan kedua-dua belah kakinya perlahan-lahan. Sekali-sekala bibirnya mengaduh kesakitan yang amat. Terlihat dengan jelas pada kerutan dahinya.
Ayah memandang ke arah luar melalui pintu sliding tepi katilnya. Dia menyuarakan hasratnya untuk ke hospital swasta. Tidak mahu ke hospital kerajaan. Aku memujuknya ke hospital kerajaan kerana rawatannya lagi details dan rekod perubatan Ayah sudah ada dengan mereka. Ayah mula bercerita keinginannya mahu rawatan yang selesa. Dulu penat bekerja keras, sekarang mahu bersara dengan selesa. Tak kisah tentang duit asalkan dapat rawatan yang selesa. Hospital kerajaan berkongsi dengan ramai orang dalam satu bilik. Hospital swasta seorang satu bilik. Ada tandas sendiri. Tidak perlu menunggu lama untuk ke tandas. Katanya lagi. Meluahkan rasa yang terbuku di hati. Tiba-tiba Ayah menangis. Suami terus mengambil anak di ribaan dan menyuruh aku pergi pada Ayah.
Aku terus meluru ke katil Ayah dan memeluknya erat. Masih terngiang-ngiang katanya pada kami.
"Ayah tak nak susahkan siapa-siapa. Ayah tak nak susahkan anak-anak. Cuma nak habiskan sisa-sisa hidup dengan tenang.." ujarnya dalam esakan dan air mata. Aku memeluk Ayah erat. Kami berdua menangis teresak-esak. Dalam linangan air mata aku memberitahu Ayah. 
"Okey, Ayah. Jom kita pergi ke hospital yang Ayah nak. Jom kami bawa Ayah.."

Aku memberitahu Ibu tentang keputusan Ayah dan menceritakan apa yang berlaku tadi. Sekali lagi Ibu menangis dan kami bersiap-siap untuk ke hospital yang Ayah mahu.
Jumaat siang melabuhkan tirai. Siang diganti malam. Maghrib tiba. Ayah meminta baju sejuk untuk dipakai. Kesejukan dapat dilihat dari tubuhnya yang terketar-ketar memelukkan diri dengan kedua belah tangan. Kopiah dipakai untuk menunaikan solat Maghrib di atas kerusi roda miliknya.
BAHAGIAN TERAKHIR KALI:
Penantian adalah satu penyeksaan. Aku menemani Ayah di lobi hospital sementara suami dan Ibu ke kaunter bil. Kasihan Ayah, terpaksa menahan kesakitan dalam kesejukan. Pihak hospital swasta tidak dapat menerima Ayah kerana keadaannya yang sangat kritikal. Doktor yang bertugas terus menasihati dan meminta kami menghantar Ayah ke unit kecemasan hospital besar.
Aku memandang sayu wajah tua Ayah. Niatnya untuk berada di hospital swasta tidak kesampaian. Aku memegang tangan Ayah yang menggigil kesejukan. Cuba memberi sedikit haba di tangannya. Bibirnya tidak lekang berselawat dan berzikir. Aku kagum dengan kesabaran yang ada pada Ayah. Semua mata memandang ke arah kami. Simpati dengan keadaan kami. Salah seorang staff mendekatiku dan cuba berbual-bual sementara kami menunggu urusan bil selesai. Namun, pandangan dan fikiranku hanya tertumpu pada Ayah. Hati kecil aku tahu perkara yang besar bakal berlaku. Cuma aku terlalu takut untuk memberitahu pada diriku sendiri. Kami seperti sudah bersedia dengan apa yang bakal berlaku. Berpura-pura tiada apa-apa yang akan terjadi, itu lebih baik.
Suami membantu Ayah masuk kembali ke dalam kereta. Kami menuju ke unit kecemasan hospital besar. Ayah masih mengeluh kesakitan, cuma kelihatan sedikit tenang berbanding ketika mula-mula menuju ke hospital swasta tadi. Redha dengan apa yang berlaku katanya. Pasti ada hikmah apa yang terjadi. Perjalanan kami tak sunyi dengan celoteh anakku yang sulung. Aku cuba tersenyum walaupun air mata sentiasa bergenang sejak tadi lagi.
Staf hospital membantu Ayah turun dari kereta. Aku yang masih mengendong anak kecilku dalam carrier hanya mampu memandang dan menghantar Ayahku sehingga luar pintu Unit Kecemasan sahaja. Tidak dibenarkan masuk. Hanya Ibu dan suami sahaja. Dengan 2 anak kecil di sisi. Lagilah tidak dibenarkan masuk. Sedih dan pilu. Hati mula tenang kerana tahu Ayah pasti dirawat dengan baik di sini. Cuma malam itu aku tidak tahu, itulah terakhir kali aku melihat wajah Ayah. Itulah terakhir kali aku memegang tangan Ayah. Itukah terakhir kali aku bercakap dengan Ayah.
Ayah menghembuskan nafas terakhir pada hari Selasa, lewat petang menghampiri waktu Maghrib. Aku masih ingat saat aku tiba di katilnya, tubuhnya sudah dibaluti sepenuhnya. Disiapkan oleh pihak hospital untuk dibawa pulang ke rumah kami. Cuma aku dan jasadnya yang kaku. Semua ahli keluarga termasuk Ibu berada di luar tabir. Seperti memberi ruang buat diriku. Satu-satunya anak Ayah yang ada di situ. Abang, Kakak2 dan Adik dalam perjalanan pulang. Hajat Ayah untuk tidak menyusahkan anak-anak seperti yang diingini. Ayah hanya mahu ditemani Ibu walaupun pada saat2 akhir nafasnya. Sayang dan setianya Ayah pada Ibu yang satu. Sentiasa bersama Ayah tidak kira waktu susah mahupun senang. Hujan atau panas. Sakit mahupun sihat.
Seperti merasai rohnya masih ada di situ, mungkin juga melayan perasaanku yang terlampau sedih. Aku mengucapkan janjiku pada Ayah buat kali terakhir. Janji seorang anak perempuan pada Ayahnya buat terakhir kali. Semoga dipermudahkan urusan Ayah untuk memasuki syurga Allah. Ameen.
Al-Fatihah buat Ayahanda Wan Rahim.
TAMAT.
- Wan Adda, 22 Janvier 2017 (Dimanche), 18:20pm
Notakaki:
Saya siapkan cerpen Terakhir Kali ini untuk saya simpan sebagai memori supaya saya tidak lupa kenangan terakhir saya dan Ayah serta janji (biarlah rahsia) yang saya buat pada Ayah. Semoga kisah ini menjadi iktibar - don't take for granted, masa yang diberikan Allah pada kita untuk kita luangkan bersama insan2 yang kita sayang.




Saturday, December 3, 2016

Tak Payah Sibuk Kerja Aku???

Seringkali kita mendengar rungutan rakan sekerja apabila bos kerap bertanya bila kerja nak siap kan? Kalau tak terkena batang hidung kita yang mancung mahupun tak mancung pasti kita tak kan tahu dan terus berada di bawah tempurung lutsinar selama-lamanya kan?

Apabila bekerja makan gaji, anda wajib faham dan mengerti, bos takkan sibuk bertanya saje-saje kalau kerja yang sudah diberi dateline melebihi dateline. Rantaian kerja profesional seperti juga rantaian makanan haiwan yang kita belajar masa sekolah rendah dahulu. Kita je buat2 lupa dan tak mengerti. Jika kita berada di rantaian bekerja bawah sekali, wajib kita buat kerja laju-laju dan cepat-cepat sebab kerja kita tadi akan diserahkan pada bos kita dan bos kita akan serahkan pula report atau rekod berdasarkan kerja kita tadi pada bos atau pihak atasan beliau. Faham ke buat-buat tak faham?


Sebagai contoh, si A memelihara beberapa ekor lembu yang dilepaskan begitu sahaja di dalam komuniti ladang kelapa sawit. Korang faham tak komuniti tu apa? Di mana ada penduduk kampung yang kebanyakannya bekerja dalam ladang kelapa sawit tersebut sama ada kilang atau ladang. Lembu dilepaskan dan tidak pernah ditambat kerana komuniti tersebut sangat jujur dan amanah. Tahap tawakal yang tinggi sungguh pemilik lembu ni kan? Namun, kebanyakan penduduk tidak menggemari lembu-lembu tersebut ke sana ke mari atas sebab suka berak merata-rata. Maka, pagar dibuat dan Pak Guard juga ditugaskan di setiap pintu masuk kawasan kampung dan perumahan pegawai. Namun, akhirnya lembu-lembu tersebut tetap masuk. Dan tiap-tiap pagi Mak Cik Penjaga Rumah akan bersihkan tahi lembu yang bersepahan merata-rata. Kalau lembu tak masuk, ringanlah kerjanya. Maka apa gunanya pagar dan Pak Guard yang bertugas? Mahu salahkan siapa sebenarnya? Pak Guard kata "Takpelah lembu-lembu tu masuk, Mak Cik Penjaga Rumah kan ade."..atau Mak Cik Penjaga Rumah berkata "Tidur ke malam-malam bagi lembu masuk. Ingat aku tak penat ke? Banyak lagi kerja nak kena buat tau!"...

  

 Di sinilah kata-kata seperti "Payah kalau aku tak sibuk pasal kerja kau melainkan kau buat kerja betul2"..

Setiap orang atau setiap pekerja sudah diberikan tugas masing-masing. Buat sehabis baik dan lakukan dengan amanah dan bertanggungjawab. Kalau pening sangat, jumpa bos tanya apa skop kerja kau sebenarnya? Bagi list kerja kau so kau boleh fokus! Kerja makan gaji ni kerja profesional, tak boleh campur masalah peribadi dalam kerja makan gaji kau. Tak boleh nak asing? kau resign kerja makan gaji kau.. (macam aku..kak kah kah

Melainkan kau kerja suri rumah, kerja tak makan gaji so bolehlaa nak campur aduk kerja dengan peribadi. Hah! Baru ko tauuu susah kerja sebagai suri rumah ni. Kerja 24h, takde gaji, takde cuti, takde Annual Leave, takde Cuti Sakit (ko sakit ko kerja jugak hoi!)..bila ade anak2 baru ko tau skop kerja surirumah yang sebenarnya.


Wednesday, November 23, 2016

1st Surgery Untuk Tangan Erb's Palsy Faiqah

Pakar Tangan di HUSM sarankan kepada kami supaya tangan kanan Faiqah buat Latissimus Dorsi transfer ni. Surgery ni untuk membolehkan tangan kanan Faiqah angkat melebihi paras dada (kami target boleh sentuh kepala). 


Saya kuat semangat tapi bab mengalirkan air mata memang laju. Huuu. So, sebab tak nak bagi Faiqah panik dalam bilik bedah, saya syorkan my husband ganti tempat saya semasa ubat bius diberikan. Itupun kat luar bilik bedah saya da teresak-esak menangis kebimbangan walaupun tahu surgery yang dilakukan hanyalah minor surgery (ye ke?lol)



Alhamdulillah, Faiqah di dalam wad tersangatlah behave, riang dan gembira seperti wad tu dia yang punya,,Cuma saya je laa sedih bila nak tinggalkan dia dengan Ayahnya (jaga malam). Saya terpaksa pulang sebab si Adik masih fully bf. 


Selepas surgery, memang tangan kanannya dibaluti simen jenis fiber (disyorkan untuk kanak2 sebab ringan). Sebab ringan, maka tiada istilah duduk dan baring sahaja bagi Faiqah. Main, lompat, tidur telentang, lari dan sebagainya tidak menjadi masalah. Masalah buat saya dan Ayahnya pulak kena garu dalam cengkerang simen fibernya bila dia nak tidur sebab gatal (bila main jadi berpeluh..tu laa jadi gatal).


Hasil pemerhatian saya selepas simen fiber dibuka hanya dua iaitu:

1) Ketiaknya tidak lagi dikepit bila tangan diangkat.

2) Tangannya boleh diangkat melepasi aras dada (kalau dulu sampai dada je).

Alhamdulillah.

Tapi fisio dan senaman saya masih lakukan supaya tendon lengannya tidak kaku dan keras. Selepas simen dibuka lengannya sukar nak diluruskan sebab terikut dengan kondisi tangan bersimen (bengkok sedikit di bahagian tengah lengan)

Wednesday, February 18, 2015

Penjagaan Wajah

Salam and Hi!

Hari ini tiba-tiba rasa nak menulis dan berkongsi mengenai penjagaan wajah. Padahal baru je update blog tadi. Hehehe. Al maklumlah lama tak blogging, maka bila start ni mood menulis pun mai laa.. LOL.

Tanpa kita sedari banyak faktor kenapa kulit muka mula ditumbuhi jerawat selain faktor pemakanan dan hormon.




Penggunaan Tuala

Tuala yang sama digunakan untuk lap badan dan rambut selepas mandi digunakan untuk mengelap muka anda. Lebih teruk lagi, tuala yang sama digunakan selama sebulan atau lebih dan kita masih terfikir kenapa jerawat masih naik di muka padahal produk2 kecantikan yang digunakan sesuai untuk semua jenis kulit walaupun kulit sensitif. Asingkan tuala badan dan tuala muka serta minimumkan penggunaan tuala muka sekurang-kurangnya 1 hari. Maknanya setiap hari tukar tuala muka. Susah? Mesin basuh kan ada. Hehehe. Stok 2 helai tuala muka sudah mencukupi untuk kegunaan seharian anda.

Kuku Jari Tangan

Jari tangan sentiasa aktif melakukan pelbagai kerja dan sentuhan seperti juga kaki namun bezanya, jari tangan menyentuh muka dan jari kaki tidak. Hehehe. Kuku memainkan peranan yang penting dalam penyebaran bakteria2 aktif ke kulit. Bakteria2 jahat ini berpindah dari celah2 kuku jari tangan yang panjang ke kulit muka ketika kita sedang mencuci muka, menyapu krim2 kecantikan ataupun ketika memicit jerawat. Haaa.. Maka, mulai hari ini, pastikan kuku jari tangan anda sentiasa pendek, rapi dan bersih. Jangan salahkan produk2 kecantikan semata-mata.

Konsisten dan Setia

Setiap produk kecantikan mempunyai pro and con. Tidak semua bagus dan tidak semua tak bagus. Yang pasti sebelum menggunakan sesuatu produk, pastikan dahulu kandungannya samada merbahaya atau tidak. Bagi yang beragama Islam semestinya kena pastikan dahulu Halal atau tidak. Bagaimana? Google sahaja sudah tahu. Atau kebanyakan produk2 bagus mempunyai laman webnya yang tersendiri. Apabila sudah bertemu jodoh dengan produk kecantikan/penjagaan wajah yang bagus, pastikan anda menggunakannya secara konsisten. Paling lama sampai habis produk tersebut iaitu sebulan kebiasaannya. Konsisten maksud saya penggunaan setiap hari bukannya hari ini guna, esok tak guna. Diibaratkan mencuci bilik air yang kotor setiap hari dan seminggu sekali. Mana yang lebih bersih dan suka dipandang setiap hari? Mestilah yang kita bersih dan jaga hari-hari kan? Bila sudah serasi setialah pada yang satu ya. Kuatkan semangat untuk setia kerana kita tahu godaan2 iklan memang sangat mencabar lebih2 lagi bila kita lihat semua orang memakainya dan makin cantik berseri. Tak salah mencuba cuma pastikan produk tersebut sesuai atau tidak diserasikan dengan produk yang sedia ada kita gunakan. Sebagai contoh, saya menggunakan bedak ronasutra untuk make up, Serum Xaviera untuk guna sebelum dan selepas make up, dan terbaru Malaika oil sebelum tidur malam dan pada waktu pagi (waktu cuti/ untuk yang tidak bekerja). Walaupun berbeza jenama namun keserasian itu penting. Itu anda kenalah kreatif! Yang penting jangan risikokan wajah anda terutama untuk kulit2 muka sensitif.

Minum Air Masak

Minum air masak sekurang-kurangnya 3L sehari. Walaupun anda tidak consume apa-apa supplemen namun jika boleh amalkan minum air masak dengan banyak terutama ketika cuaca panas. Kekurangan air boleh menyebabkan kulit anda menjadi kering dan kusam. Selain itu boleh menyebabkan masalah2 lain timbul seperti kulit gatal, sensitif, berjerawat dan sebagainya. Tak rugi pun amalkan minum air masak nak2 untuk kaum wanita. 

Detox

Tahukah anda? Punca pelbagai jenis penyakit berasal dari dalam perut/usus besar? Sila check proses penyahtinjaan anda. Berapa kali sehari anda membuang atau anda mempunyai kesukaran dalam membuang air besar seperti masalah sembelit, buasir dan metabolisma rendah? Jika ya, saya sarankan anda mulalah penuhi peti sejuk dengan buah-buahan seperti oren, buah naga, epal, anggur, mangga dan sebagainya. Selain minum air masak dengan banyak setiap hari, buah-buahan juga mampu membantu anda untuk proses detox. Apa terjadi jika kita tidak detoks? Maka, toksik2 dalam badan mula berkumpul dan termendap dalam usus menghasilkan pelbagai2 jenis penyakit merbahaya. Kesannya kepada kulit juga kelihatan terutama pada wajah apabila muka anda mula menjadi kusam dan kering. Jerawat2 mula timbul. Bermula dari kecil makin besar dan banyak. Sekarang banyak produk2 untuk detox boleh anda dapati.

Kadang-kala masalah jerawat timbul dari masalah berat badan atau sistem peranakan (bagi perempuan). Selesaikan dahulu masalah berat badan barulah fokus pada penjagaan wajah. Seperti juga nak putihkan kulit wajah. Selesaikan dahulu masalah jerawat baru fokus pada nak putihkan kulit muka. Keputihan yang banyak juga faktor jerawat timbul dengan banyaknya. Keputihan berlaku disebabkan masalah rahim/peranakan wanita. Produk2 bagus untuk kesihatan dalaman wanita kini banyak boleh diperolehi selain herba2 tradisional seperti jamu2 dan sebagainya.

Natijahnya, anda tahu diri anda yang sebenarnya. Kenali dahulu badan anda dan masalah2 yang dihadapi. Cari akar utama kepada permasalahan supaya masalah2 lain boleh diatasi sepenuhnya. Kesimpulan yang dapat saya simpulkan di sini, detoks dahulu, jaga rahim/peranakan (walaupun anda masih belum berkahwin/ bersalin) barulah fokus kepada produk2 penjagaan wajah. Penjagaan dalaman memainkan peranan yang penting dalam kecantikan luaran. Seperti juga hati. Hati yang baik mencerminkan peribadi dan akhlak yang baik.

Wassalam. 

Jemput LIKE!
>>> FB PAGE: Cygnet Store
>>> FB PAGE: Halal4u Online Shop 

Masalah Jerawat dan Kulit Kusam?


Salam dan hai!

Mungkin di kalangan anda masih tidak mengenali Malaika Facial Treatment Oil atau ada yang baru sahaja mengenalinya. 

Apa sebenarnya Malaika Facial Treatment Oil (MFTO) ini?

MFTO ini dibuat secara tradisional- handmade tanpa menggunakan alkohol dan bahan kimia merbahaya yang lain. Kandungannya adalah 100% semulajadi dan halal. Alhamdulillah saya sempat berbual2 dengan pengasas/owner Malaika Oil tentang pembuatan minyak tradisional ini. Menurut beliau, tujuan utama beliau mencipta formulasi Malaika Oil ini adalah untuk menggalakkan anak2 muda masa kini menggunakan bahan2 semulajadi dan herba2 tradisional dalam rawatan dan penjagaan kulit muka. Ramuan utama dalam MFTO ini adalah - Minyak Zaitun Berkualiti Tinggi, Minyak Lemon, Minyak Kastor, Serbuk Temulawak serta bunga2 dan herba2 terpilih. Kesemua bahan2 ini kebanyakannya diimport dari India dan dibuat sendiri oleh pengasasnya. Walaupun kesemua bahannya diimport khas namun harganya masih lagi berpatutan dan mampu dimiliki oleh semua lapisan umur - iaitu hanya RM30 sebotol (30ml)!

Apa kelebihan Malaika Facial Treatment Oil (MFTO) ini?
  • Melembutkan kulit muka secara semulajadi
  • Merawat kulit berjerawat
  • Mengurangkan jeragat
  • Mengurangkan kedutan
  • Mengurangkan bintik hitam dan putih
  • Menjadikan kulit muka 'glowing' secara semulajadi
  • Mengecilkan pori2 kulit muka.
Kenapa saya sangat yakin dengan Malaika oil dalam membantu mengatasi masalah kulit berjerawat?

Saya seperti remaja-remaja yang lain suka menggunakan pelbagai jenis produk skincare dan make-up. Namun bila sudah memasuki awal 30an, baru nak menyesal dan bertaubat..hahaha. Semasa mengandung anak ke-2, saya mendapat alahan yang sangat teruk pada kulit wajah. Kulit muka saya ditumbuhi jerawat-jerawat batu! Alhamdulillah..walaupun mengambil masa yang lama, saya konsisten memakai Full Set Malaika iaitu - Malaika Oil Cleanser, Malaika Spray Moisturizer dan Sabun Medimix. Kesemuanya 100% organik dan handmade. Hasilnya? Kulit muka saya makin berseri, sihat dan bersih!



Ada yang bertanya apa rahsia kulit muka saya licin dan bebas jerawat. Tipu jika saya kata saya tak pernah naik jerawat. Walaupun kulit muka saya bukan jenis sensitif, tapi hidung saya sebaliknya. Asyik bersin sahaja bila terkena habuk dan bangun pagi2 kerana suhu sejuk. Resdung mungkin. Jika dulu saya hanya mengamalkan bedak Ronasutra untuk membantu masalah kulit muka yang berminyak. Teruk juga sebab masalah kulit muka berminyak tu menyebabkan saya naik jerawat kecil2 atau dipanggil jerawat nasi! hehehe.. 5 tahun menggunakan Ronasutra, saya bebas dari masalah kulit berminyak dan jerawat nasi. Hingga kini saya masih menggunakan bedak Ronasutra dan produk2 dari Ronasutra. Malam saya menggunakan Malaika Full Set Skincare, manakala siang saya lindungi kulit muka dari sinar UV dengan bedak Ronasutra yang mengandungi SPF35.

Untuk anda yang berminat untuk mencuba rangkaian Set Ronasutra atau Malaika Oil  atau kedua-duanya sekali bolehlah menghubungi saya WhatsApp ONLY: 0179001287 (Wan Adda). WhatsApp sahaja ye. Mesej dan call tidak akan dilayan atas sebab2 personal privasi. Atau more info about these two product? Boleh klik link di bawah ini. Thank youuuu.. 


FB Page: Cygnet Store






Tuesday, April 29, 2014

Shoulder Dystocia - Erb's Palsy Part 4

Lagi 12 hari genap 11 bulan umur Faiqah. Cepat sungguh masa berlalu. Terbaru mengenai Faiqah - baru nampak gigi susu bawah dua batang eh, tunggul baru..hehehe..skit je baru nampak. Perasan jugak air liur meleleh. Hmmm, gatal gusi laa tuuuu! Alahai anak ibu ni..

Perkembangan tangan kanan Erb's Palsy nya?
Sekarang saya dan suami dalam usaha nak stimulate saraf2 di jari jemarinya supaya jari2 tangannya pandai buka dan genggam dengan sendirinya. Teori  saya, bila jari-jemarinya dah pandai bergerak dengan sendirinya, kekuatan otot pada bahagian pergelangan tangan akan semakin kuat. Bila pergelangan tangan semakin kuat automatik otot2 bahagian lengan yang lain juga akan kuat. Saraf2 di bahagian lengan juga akan bertambah kuat. Namun, senaman2 lain seperti biceps tak dilupakan jua..hehehe

Selain itu, saya dalam usaha untuk melatih tangan kanannya berdikari tanpa bantuan tangan kirinya yang sentiasa menyibuk membuatkan tangan kanannya malas nak bergerak. Ikat tangan kirinya salah satu usaha yang kreatif juga (physiotherapist Faiqah turut bersetuju dengan cara itu..hehehe). Mula2 Faiqah menangis juga memberontak. Then, saya cuba distract Faiqah dengan lagu2 kanak2 serta toys. Dia leka seketika dan tangan kanannya mula bergerak sedikit demi sedikit. Tapi yang merisaukan saya, dia bergerak menggunakan bahu! Kesan jangka masa panjang jika dibiarkan tanpa fisio/senaman akan menyebabkan tangannya pendek berbanding tangan normal. Hurmm, kena banyakkan senaman pergerakan lengan jugak ni sambil bahu dipegang (latih supaya bahunya relaks, hanya lengan - siku ke jari yang bergerak).

Contoh perkembangan terkini?
Alhamdulillah! Sekarang Faiqah dah pandai gerakkan tangan kanannya sendiri dan merasai setiap pergerakan tangannya itu. Contoh yang saya nampak ialah:- 


  1. Semasa baring, dia boleh mengangkat tangan kanannya sambil menggosok2 dahi atau mata kanannya. Namun, jari jemarinya masih dalam mode genggam.
  2. Semasa baring/duduk, tangan kirinya membantu mengangkat tangan kanannya sambil2 jari jemari dibuka dan tapak tangan dipusing2 atau dibawa ke mulut untuk digigit.
Semasa baring, tangan kanannya menunjukkan peningkatan yang sangat2 positif. Namun semasa duduk, dia sedikit malas. Bergerak dengan bantuan bahu. Hmmm.. well, long way to go! In shaa Allah! I'll never give up! 


Erb's Palsy & Brachial Plexus Support Group (Malaysia)

Salam dan Hi,

Sebelum saya memulakan perkongsian saya mengenai perkembangan Erb's Palsy anak perempuan saya, saya mengalu-alukan ibu bapa/saudara mara yang mempunyai kaitan dengan Erb's Palsy atau kecederaan Brachial Plexus yang lain untuk join Group FB: Erb's Palsy & Brachial Plexus Support Group (Malaysia). Tujuannya adalah untuk berkongsi pengalaman dan perkembangan anak-anak. Selain itu, memberi sokongan serta galakan kepada ibu bapa di Malaysia terutamanya agar tidak mudah berputus asa dalam membantu anak-anak serta bayi masing-masing. Penubuhan Group FB ini juga mampu memberi harapan kepada saya dan suami serta ibu bapa yang lain dengan perkongsian mengenai rawatan dan perkembangan semasa bayi atau anak masing2.

Terima kasih.