BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, January 21, 2014

Susu Badan Tiada???

Setiap ibu mesti mahukan yang terbaik buat anak2 mereka. Susu ibu merupakan anugerah yang Allah SWT berikan untuk kita sebagai seorang ibu sebagai susu yang terbaik dan penuh dengan khasiat untuk bayi sebaik sahaja dilahirkan. 

"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu".. (Surah Al-Baqarah:233)

Bagi ibu-ibu yang telah memasang niat untuk breastfeeding bayi anda sebaik sahaja bersalin sudah tentu kecewa sebaik sahaja melihat tiada susu yang berwarna putih keluar tetapi hanya cecair jernih seakan-akan gam lutsinar yang keluar melalui nipple anda. Bayi anda pula merengek2 marah kerana susu tidak keluar laju (mungkin selepas bersalin bayi anda dijaga oleh nursery hospital dan sudah diperkenalkan dengan botol susu). Bagi anda yang mengalami masalah atau situasi seperti ini - jangan risau, jangan putus asa dan jangan lupa untuk relax!

Bagi bakal2 ibu terutamanya. Apa yang anda perlu hanyalah Breastpump! Sama ada Breastpump Manual atau Elektrik adalah mengikut kemampuan anda. Jika ikut pengalaman saya, better beli yang elektrik. Kenapa? Hehehe..

1) Tangan kita mungkin lenguh kerana digunakan untuk memegang buku lali atau tempat pemegang katil semasa proses meneran untuk bersalin. Maka, jika anda membeli breastpump manual... dalam keadaan pantang yang kepenatan mungkin sedikit membuatkan anda sedikit stress. =)

2) Ada sesetengah breastpump manual yang murah anda terpaksa menundukkan kepala sambil menyepam dan keadaan ini memang melenguhkan bahu serta leher anda! Dan keadaan ini juga mampu membuatkan anda sedikit stress ( sudahlaa terpaksa menahan kesakitan luka berjahit..ehehe)

Banyak pilihan Breastpump yang anda boleh beli ( mengikut kemampuan, bajet dan kekerapan penggunaan).

1) Jika anda bekerja, tapi memang niat nak fully breastfeeding - boleh beli electric breastpump spt. Medela Free Style, Flexi, Snowbear, AVENT, etc.)

2) Jika anda tidak bekerja, tapi memang niat nak fully breastfeeding - boleh beli yang manual tapi kalau mampu belilah yang elektrik - paling murah Snowbear.


Medela Free Style


Snowbear Advanced Single Electric


AVENT Manual Breastpump


Berbalik kepada masalah susu tiada selepas bersalin, sebenarnya tiada masalah seperti itu. Cecair yang pekat seperti gam lutsinar itu sebenarnya ialah kolostrum yang penuh dengan khasiat seperti antibodi untuk bayi yang baru lahir. Peringkat pengeluaran susu badan bermula daripada kolostrum dahulu barulah susu yang berwarna putih itu akan keluar. Kalau ikut pengalaman saya sendiri. Ini peringkat warna susu badan saya (jernih>putih kekuningan>putih). Selagi yang jernih itu tidak keluar habis memang susu putih itu tidak akan keluar. Nasib baik gerak hati saya meminta suami belikan breastpump manual yang murah2 sahaja (beli on the spot..suami kalut nak travel untuk kembali bekerja). Dekat 2-3 oz jgk cecair jernih tu saya pam keluar. Then, barulah slow2 yang color putih kekuningan pulak keluar..lebih kurang 2-3 oz jugak. Next pumping barulah dapat color susu yang normal..Alhamdulillah! Punyalah merana nak keluar susu nh. Stress! Habis air mata dok mengalir kenapa tak keluar2! 

So, conclusion nya.. GET YOUR OWN BREASTPUMP NOW!!! hehehehe..


Anda juga boleh dapatkan breastpump di FB: Cygnet Mom Shop
Atau PM saya di FB saya: Wan Adda untuk berkongsi cerita/bertanya mengenai masalah penyusuan badan.

In Shaa Allah..setiap masalah pasti ada penyelesaiannya.. let's together we figure it out! Sharing is Caring!! =)


0 comments: