BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, October 2, 2013

Merancang Kehamilan

Teringat kembali kisah mengetahui diri ini mula2 hamil tahun lepas. Saya dalam kategori lambat hamil juga sebenarnya. Setelah 7 bulan berkahwin baru diri ini disahkan hamil anak pertama. Mula2 berkahwin ingat nak hold dulu pregnancy sebab nak fokus pada kerjaya dan biarlah puas hidup berdua dulu kan? Kui3.
Tapi dah pergi sana sini orang dok tanya dah ada anak ke belum, so saya dan suami membuat keputusan 'let it be' lah. Ada rezeki adalah! Takde nak hold2 dah mengenai pregnancy ini. 

Tapi itulah..bulan berganti bulan walaupun 4 bulan baru berkahwin terasa lama sangat dah. Rasa sedih dan kecewa bila period lambah sket, guna pregnancy kit -ve. Sangatlah down rasenyee..huhuhu. Namun, saya tak putus asa. Setelah membuat kajian mengenai period cycle saya dan juga meng'google' petua2 yang dirasakan logik dan tidak menyalahi syarak. Inilah yang saya lakukan selama 3 bulan sebelum disahkan hamil.

1) Beli dan makan folic acid Appeton. 1 kotak cukup untuk 3 bulan. Telan 1 biji 1 hari.


2) Beli dan minum susu kambing Hi-Goat. Kalau dalam Islam, wanita yang sukar mengandung ade sejenis jin duduk dalam rahim dan menghalang benih lekat kat rahim wanita tersebut. Susu kambing dikatakan boleh menghalau jin tersebut bermukim di dalam rahim kerana susu kambing boleh buat makhluk itu 'panas'. Wallahu'alam. Tak salah mencuba kan? Lagipun susu kambing sendiri banyak khasiatnya. Especially untuk fizikal badan saya yang kurus kering (sebelum mengandung).



3) Amalkan doa Nabi Zakaria untuk mendapat zuriat yang soleh/solehah. Setiap kali selesai solat mahupun ketika melakukan hubungan intim dengan suami.



4) Sentiasa istiqamah melakukan solat sunat Taubat, Hajat, Istiqarah (minta petunjuk adakah kita sudah bersedia untuk menjadi seorg ibu yang terbaik buat anak kita) dan Solat Sunat Dhuha. Mudah-mudahan dapatlah rezeki anak. In shaa ALLAH. Niat tu penting. Anak bukan hak kita tapi tanggungjawab yang diamanahkan oleh ALLAH SWT.


5) Ketahui waktu subur anda. Inilah yang paling penting sebenarnya. =)

Nak seribu daya. Tak nak berjuta2 dalihnya. Jangan terlalu stress memikirkan bila nak dapat anak nh? Relax dan enjoy tanpa mengharapkan apa2 sambil amalkan 5 Petua yang telah saya amalkan ini. Mudah-mudahan langkah2 ini berkesan untuk anda juga.

Jika anda cukup wang di poket boleh juga membeli Set Kesuburan Suami Isteri Shaklee. Boleh email atau PM saya di Cygnet Mom Shop. Jika saya lambat membalas Message anda..maafkan saya. Mungkin internet slow atau bayi saya sedang merengek2 meminta susu.. Terima kasih. =)








0 comments: