BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, December 18, 2010

Tahu Mengharap..Tak tahu Menerima

Manusia yang hanya tahu mengharap dan tidak tahu untuk menerima adalah manusia yang bodoh. Seperti Mat Jenin yang berangan-angan tapi tidak tahu untuk mencapai apa yang diangan-angankannya.

Manusia yang tak tahu nak bersyukur, yang tak mengenang budi, yang sentiasa mengharapkan yang terbaik namun dirinya bukannya baik sangat pun! Belajar untuk menerima keburukan diri seseorang dahulu sebelum menerima kebaikan yang ada pada dirinya. Dan terimalah seadanya. Bukannya mengutuk, mengeji dan menghina dirinya. Jika tidak mahu menerima silalah jangan mendekati atau mengharap. Blah ah!!! Budus!

Iye..manusia boleh berubah. Sedangkan diri kita sewaktu bergelar kanak2 hinggalah muda remaja seringkali memberontak dengan ibu bapa kita terutama bila dipanggil bodoh,bengap,buruk perangai, hodoh, tak senonoh..apatah lagi kita berkata sebegitu rupa pada orang lain. Sangat mengguris hati dan perasaan namun kita masih boleh ketawa dan senang hati.. budus!!! Sedangkan kita memberontak bila ibu bapa kita atau sesiapa sahaja tidak mahu mengikut kehendak kita atau tidak mahu mendengar apa yang kita ingin perkatakan..begitu jugalah perasaan orang lain apabila kita berbuat demikian kepada mereka.

Memahami. Mengerti. Menghayati. Mengasihani. Menghormati. Menerima. Membantu.

Itulah yang cuba saya lakukan. Saya cuba..

Terima kasih buat yang memahami diri saya. Terutama keluarga tercinta. Ibu yang sentiasa bimbang dan terluka dengan sikap anaknya yang degil dan panas baran. Ayah yang sentiasa menyokong, membantu, menasihati dan tahu apa yang terbaik buat diri ini. Kakak kedua yang sentiasa bergaduh walaupun hal2 kecil namun masih mampu bersabar hingga ke hari ini. Adik dan abang yang sentiasa mendengar dan kurang berkata-kata. Insan2 inilah yang paling memahami diri kita..siapa lagi jika bukan keluarga kita sendiri.

Hidup makin dewasa..bukannya muda. Manusia yang mengharap untuk muda tapi tak tahu untuk menerima diri yang semakin tua adalah manusia yang bodoh. Manusia seperti inilah akan sentiasa leka dengan dosa2 yang dilakukannya kerana ingat diri masih muda, umur masih panjang..alangkah bodohnya.. Nauzubillah..

Siapalah saya untuk mengharapkan segala yang berlaku dalam hidup saya ini segalanya sempurna dan bahagia..jika saya masih lagi bodoh kerana mengharap dan tak tahu untuk menerima seadanya takdir yang ditentukan ALLAH SWT kepada diri ini. Begitu juga dengan anda di luar sana!!!!

0 comments: