BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, December 25, 2010

Aku pernah gagal dan aku akan berjaya!!

Kegagalan merupakan satu perkara yang semua orang ingin elakkan daripada berlaku kepada diri mereka. Namun, tiada siapa yang menyangka bahawa dengan kegagalan inilah kejayaan yang sebenar-benarnya akan berlaku pada diri kita. Tidak percaya???

Manusia yang bijak tahu menjadikan suatu kegagalan sebagai rujukan untuk berjaya.

Thomas Edison berjaya selepas 199 kali gagal dalam percubaan membuat mentol kerana percaya akan dirinya dan tidak putus asa. Kegagalannya dianalisis dan segala kelemahan diperbaiki supaya percubaannya untuk kali ke 200 berjaya menaikkan namanya hingga ke hari ini. Betul ke? Mari sama2 kita google kisah hidup orang2 yang telah berjaya. Kebanyakannya ada sejarah kegagalan mereka yang tersendiri. Dari kegagalan itulah mereka bangkit kembali dengan semangat dan diri yang baru.

90% kegagalan membuahkan 10% kejayaan. Kegagalan itu bagaikan suatu usaha yang kita perlu hadapi untuk berjaya. Mungkin kebanyakan kita menganggap kegagalan itu sebagai musuh utama kita. Ramai yang kecundang ketika terpaksa berhadapan dengan kegagalan. Tetapi yakinlah jika kita terus berusaha dan tidak berputus asa maka dengan kegagalan yang kita ada itulah akan menjadikan kita sebagai manusia yang betul2 berjaya. Insya-ALLAH. Katakan pada diri kita hari ini bahawa “Aku pernah gagal dan aku akan berjaya!!”…



2 comments:

bulatan™ said...

komen2..hak3...love u...

Pn. Wan Adda said...

ish..komen ape g2.."komen2??"..
nih "romen2" nh..hish..

p/s: love u 2..3..4..