BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, September 24, 2010

Terdetik..berdetik

Jiwaku kacau tapi bukan meracau..
Hatiku berkecamuk dan remuk..
Sayang tapi bukan gila bayang..
Merintih bukan kerna letih..
Merasa dalam terasa..
Indahnya kepahitan dalam tangisan..

Gilakah aku pada angan-angan?
Berdosakah aku pada kenangan?
Salahkah aku pada kejujuran?
Matikah aku dengan kejian?
Gembirakah aku dengan pujian?

Tulisan kekesalan
Menggamit penyesalan
Tiada pengakhiran
Hanya persoalan
Terdetik .. berdetik..
Sebuah kekecewaan..



by: one.adda,
Vendredi, le 24 sept 2010

1 comments:

Akma Talib said...

Pohonlah dari Ya Rabb..
Agar dikurniakan hati yang tabah dan sabar..

"Jagalah Allah, nescaya engkau akan temui Dia dihadapanmu. Kenalilah Allah ketika dalam lapang nescaya DIA akan mengenalmu dalam keadaan sempit. Ketahuilah segala sesuatu yang luput daripadamu tidak akan menimpamu dan sesuatu yang yang menimpamu tidak akan luput daripadamu. Ketahuilah bahawa kemenangan itu menyertai kesabaran, kelapangan itu menyertai kesempitan dan kemudahan itu menyertai kesukaran"
[ Riwayat Ahmad. al-Hakim. al-Tabrani, Ibn Sunni, Ajiri dan Dhiya']