BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, January 28, 2009

Kemahiran Menghadapi Kegagalan Dalam Peperiksaan Bab 2


Apabila kita seorang yang berfikiran positif dan menerima kegagalan sebagai cabaran untuk melakukan yang lebih baik, di sini penulis mencadangkan beberapa strategi bagi menghadapi kegagalan iaitu:

Kita menjadi doktor kepada diri sendiri.


Maksud strategi ini adalah apabila kita terpaksa menerima kegagalan dalam peperiksaan, kita jangan begitu bersedih sebaliknya kita perlu menjadi doktor bagi merawat diri sendiri. Pertamanya sebagai seorang doktor kita perlu melakukan bedah siasat berkenaan sebarang punca yang menyebabkan kegagalan. Cuba kenal pasti setiap punca dan kelemahan. Akhirnya buat perskrepsi atau buat suatu senarai berkenaan kelemahan dan punca itu. Kesimpulannya sebagai doktor, kita cuba mengenal pasti seberapa banyak punca kegagalan.

Seterusnya kita bertindak pula seperti seorang arkitek.

Tindakan sebagai seorang arkitek pula bertujuan membina semula diri kita. Oleh yang demikian kita perlu mendapatkan seberapa banyak maklumat bagi membina diri kita semula. Maklumat dapat dicari sendiri ataupun meniru daripada orang lain, contohnya rahsia kejayaan orang lain.

Selepas memperoleh maklumat, kita menganalisis dan menilai seterusnya mengubahsuai mengikut kegunaan kita. Proses di peringkat arkitek ini bertujuan mencari alternatif penyelesaian masalah.

Menjadi seorang chef.

Peringkat yang terakhir adalah menjadi seorang chef atau tukang masak bagi menyelesaikan masalah kita. Sebelum memasak kita perlu tahu makanan yang hendak dimasak. Maksudnya kita perlu tahu matlamat akhir kita. Kita juga perlu tahu resipi untuk memasak makanan itu, maksudnya perlu ada cara dan strategi bagi mendapat maklumat itu dan apabila sudah dimasak kita perlu merasa masakan itu. Ertinya kita menilai kembali cara dan strategi yang kita gunakan. Apabila makanan sudah cukup sedap kita tidak perlu baiki tetapi apabila makanan itu masih kurang sedap kita perlu baikinya. Begitu juga apabila matlamat memperbaiki keadaan sudah sempurna, kita tidak perlu baiki tetapi apabila belum mencapai kesempurnaan kita perlu memperbaikinya semula.

Kesimpulannya, sebagai seorang doktor kita mencari punca kegagalan, sebagai arkitek kita bertindak mencari alternatif penyelesaian dan sebagai seorang chef kita cuba untuk memperbaiki kegagalan.


Rujukan

Memimpin Diri Sendiri. Ahmad Zabidi abdul Razak. 2003. PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.




0 comments: